Sempena minggu mulia Maulidur Rasul, pertunjukan 'Tahajjud Sirah Cinta Rasulullah' di Panggung Sari Istana Budaya mengumpulkan barisan nama-nama seni yang terbesar di bawah arahan Erma Fatima.
Drama muzikal yang diiringi narrator serta berbelas set yang tinggi nilai estetikanya pasti sejuk mata memandang di samping juga rekaan kostum yang menarik dan eksotik ala Arabia.
Pementasan yang diluluskan JAKIM ini tidak menampilkan kelibat Rasulullah s.a.w. tetapi hanya berdasarkan sabda-sabda baginda sahaja.
Dibintangi Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Salleh dari kumpulan Brothers dan penyanyi muda Indonesia, Tegar, 'Tahajjud Sirah Cinta' juga dihidupkan oleh lakonan daripada Dato' Rahim Razali, Remy Ishak, Datin Sri Umie Aida sebagai Khadijah, Beto Kusyairi sebagai Saidina Ali dan Elly Suryati Omar sebagai waris Quraisy Endon, beserta Jessie Lim, Shiha, Sahronizam dan 80 orang lagi pemain tambahan.
Nyanyian nasyid Siti begitu menyerlah dan kelihatan penuh penghayatan dan nada ketuhanan dirasakan begitu sesuai fasa hidup sekarang penyanyi terbaik negara itu.
Lagu-lagu dan arahan muzik oleh Eddie Ahmad juga ringan dan mudah didengarkan halwa telinga, berselang-selang dengan irama-irama selawat Nabi ketika mengikuti cerita di pentas.
Hasil tulisan skrip oleh Mazlan Tahir yang berdasarkan buah fikiran dan susunan asal Erma juga positif menjaga kebenaran kisah hidup Nabi s.a.w. di zaman jahiliyah.
Bukan mudah untuk menerbitkan sebuah drama muzikal yang cuba menjiwakan bagi mendidik masyarakat baru tentang cerita-cerita hidup Rasulullah s.a.w., perang-perang yang dihadapinya serta insan-insan yang turut disisinya mengangkat syiar Islam, terutama kanak-kanak yang hadir menonton.
Namun apapun tidak terlupa juga mangsa-mangsa banjir di pantai timur, dan pungutan dari kedatangan malam Januari 3-6 akan disalurkan ke dalam Tabung Banjir khas pada malam terakhir.
Datuk Siti, Amy, Erra Fazira dan kesemua artis yang terlibat dengan 'Tahajjud Sirah Cinta' akan bersama menjayakan persembahan.
Selain untuk berhibur menyaksikan pertunjukan kisah kemuliaan Rasulullah s.a.w. peminat serta orang ramai yang berminat menyumbang barangan keperluan seperti makanan kering, selimut ataupun wang dijemput tiba awal di perkarangan Istana Budaya untuk membuat pemberian.
Pengumpulan bahan-bahan berian bermula pada hari esok jam 2 petang.
“Ini sahaja yang mampu orang seni lakukan untuk memberi sumbangan iaitu melalui seni. Sudah tentu harapan kita agar masyarakat sama-sama membantu untuk merealisasikan tabung ini. Allah menurunkan musibah sekelip mata.
Kesakitan yang dirasai oleh mangsa telah pun dilalui namun lebih perit ketika hendak bangkit semula setelah segalanya hilang dan lenyap.
Semoga sumbangan ini akan meringankan sedikit kesakitan itu,” kata Erma selaku pengarah pementasan mulia ini.
*Tiket boleh didapati dengan harga RM50, 100, 150 dan 200 di box office Istana Budaya ataupun di atas talian melalui airasia.redtix.com sebelum pembuka tirai jam 8.30 malam. 'Tahajjud Sirah Cinta Rasulullah' berlangsung sehingga malam esok Januari 7. -The Daily Seni