PENYANYI dangdut Mas Idayu mendedahkan sebab mengapa air matanya gugur sebelum suaminya, Muhamad Sufian Isa melafazkan akad pada majlis pernikahannya pagi tadi.

Penghibur itu berkata, dia berasa sebak memandangkan yang dia kini sudah mempunyai teman untuk mengadu dan berbicara mengenai kehidupan selepas lama melalui fasa solo sebagai ibu tunggal.

BACA: Mas Idayu kini bergelar isteri Muhamad Sufian Isa

“Selama 17 tahun saya hidup sendiri dan pernah tak percaya dengan mana-mana lelaki. Kemudian, dua tahun lepas, setiap malam saya berdoa kepada Allah SWT untuk hadirkan teman dalam hidup saya kerana saya mula berasa sunyi.

“Saya nak kawan, saya nak teman hidup. Alhamdulillah Allah kabulkan. Tetapi ketika itu ramai yang cuba nasib sehingga saya tidak tahu mahu memilih yang mana satu. Kemudian datang yang saya suka pula (suami). Dan terus saya katakan pada diri saya, mungkin ini pilihan saya.

“Mungkin sebab itu saya berasa sebak. Sebab sudah lama hidup sendiri dan akhirnya ada tempat boleh mengadu, luahkan tentang apa sahaja. Saya dan ada kawan untuk bercerita,” katanya kepada Gempak. -- Gempak