awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Makin banyak negara larang akses media sosial untuk kanak-kanak
Bekas wartawan FMT dibebaskan dengan jaminan polis
Kronologi kehilangan pelakon Nadia Kesuma
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Matt Damon janji aksi lebih hebat dalam filem Jason Bourne terbaharu

Agensi
Agensi
09/07/2016
08:17 MYT
Matt Damon janji aksi lebih hebat dalam filem Jason Bourne terbaharu
Damon sekali lagi berganding dengan kumpulan karyawan yang pernah dikenali sebelum ini. - Foto AFP
SELEPAS sembilan tahun, aktor Matt Damon menggagahi usianya untuk kembali menghidupkan watak filem blockbuster sarat aksi, Jason Bourne, iaitu watak ikonik ejen CIA yang berdepan cabaran misi lantaran hilang sebahagian ingatannya.
Filem keempat lakonannya dalam siri Bourne itu bakal membuka tirai pada 27 Julai nanti. Ia menemui penonton selepas hampir sedekad The Bourne Ultimatum ditayangkan dan setelah 14 tahun filem pertama, The Bourne Identity, diperkenalkan.
“Aksi dalam filem ini sangat mengagumkan. Terdapat adegan bertarung yang kami benar-benar lakukan dengan teliti. Adegan kejar-mengejar dalam filem ini juga hebat,” ujarnya seperti yang dilapor Reuters.
Untuk adegan aksi pantas berlatarbelakangkan Las Vegas,katanya, beberapa jalan utama di kota itu terpaksa ditutup selama beberapa malam untuk tujuan penggambaran.
Damon yang ditemui wartawan pada Jumaat ketika mempromosi filem itu di Seoul, turut memberitahu dia amat teruja kembali melakonkan peranan itu kerana ia meninggalkan impak besar dalam kehidupan dan kerjayanya.
“Pastinya lebih sukar untuk memainkan watak Jason Bourne apabila sudah berumur 45 tahun, berbanding ketika berusia 29 tahun,” selorohnya.
Namun segala penat lelah itu berbaloi, menurutnya, kerana berpeluang menjalin kerjasama dengan kumpulan karyawan dan teman-teman yang sudah dikenali sebelum ini.
Damon sekali lagi bergabung idea di bawah sentuhan sutradara Paul Greengrass yang sebelum ini mengarahkan The Bourne Supremacy dan The Bourne Ultimatum.
"Hanya kerana pengarahnya Paul, saya bersetuju untuk terbabit dalam pembikinan filem ini," ujarnya.
Filem terbaharu itu turut dijayakan bintang-bintang besar dalam perfileman Hollywood seperti Alicia Vikander, Tommy Lee Jones dan Julia Stiles.
Topic Berkaitan
#berita hiburan
#filem
#filem Hollywood
#jason bourne
#matt damon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan