awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Matthew McConaughey mungkin bergelar ahli politik?

Astro Awani
Astro Awani
19/11/2020
07:29 MYT
Matthew McConaughey mungkin bergelar ahli politik?
Pelakon Matthew McConaughey akan mempertimbangkan idea melibatkan diri dalam gelanggang politik sama ada mencalonkan diri sebagai Gabenor Texas atau jawatan politik lain. - Gambar fail REUTERS
AKTOR ternama Hollywood dan pemenang Oscar, Matthew McConaughey tidak menolak kemungkinan akan membabitkan diri dalam dunia politik.
Dalam satu temu bual radio bersama pengacara Hugh Hewitt, bintang Dallas Buyers Club itu
“Keputusan itu bukan terserah kepada saya sahaja. Ia bergantung kepada apa yang diinginkan orang ramai.”
“Namun, saya akan menyatakan demikian - bagi saya, politik seakan tidak berkesan sekarang. Tetapi apabila tujuan politik itu ditakrifkan semula, saya akan menjadi lebih berminat untuk (membabitkan diri),” kata McConaughey.
Pelakon berusia 51 tahun itu yang berasal Texas berpindah ke Los Angeles untuk berkecimpung dalam gelanggang perfileman Hollywood.
McConaughey terkenal dengan filem seperti How to Lose a Guy in 10 Days dan Magic Mike sebelum diiktiraf sebagai pelakon berkaliber apabila meraih anugerah Oscar untuk trofi Pelakon Terbaik dalam filem drama berkisahkan AIDS, Dallas Buyers Club.
Ditanyakan mengenai falsafah politiknya, McConaughey berkata, ia bersandarkan ‘nilai peribadi beliau untuk mengembalikan kontrak sosial dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat (AS)’.
“Saya masih mempersoalkan berapa banyak yang dapat dilakukan menerusi politik,” tambah McConaughey lagi.
Ramai selebriti Hollywood pernah bergelar ahli politik dan memegang jawatan dalam kerajaan, termasuk bintang Terminator, Arnold Schwarzenegger yang menjadi Gabenor California.
Pelakon dan pengarah filem Clint Eastwood pula pernah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Carmel sementara Ronald Reagan pernah membintangi dalam 53 buah filem sebelum menjadi Presiden AS selama dua penggal.
Tidak ketinggalan pelakon Jesse Ventura pernah menjadi Datuk Bandar Brooklyn Park dan Gabenor Minnesota.
Presiden AS, Donald Trump juga aktif dalam industri Hollywood dengan membuat penampilan cameo antara lain dalam siri televisyen The Fresh Prince of Bel Air dan The Nanny serta dalam filem Home Alone 2: Lost in New York dan Zoolander.
Usahawan itu juga terkenal sebagai hos melalui program realiti The Apprentice.
Topic Berkaitan
#Hollywood
#Matthew McConaughey
#Donald Trump
#Clint Eastwood
#Carmel
#California
#Minnesota
#Ronald Reagan
#Jesse Ventura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan