awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mawi arah dua telefilem untuk tayangan Istimewa Raya di Astro Prima

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
12/07/2014
23:42 MYT
Mawi arah dua telefilem untuk tayangan Istimewa Raya di Astro Prima
Rock Sangkut dan Novel Fana arahan Mawi bakal ditayangkan pada Hari Raya pertama dan kedua
Bekas juara Akademi Fantasia 3, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 33 bakal muncul dengan dua telefilem arahannya Rock Sangkut dan Novel Fana untuk tayangan hari raya nanti di saluran Astro Prima.
Dua telefilem arahan Mawi ini mempunyai genre yang berbeza dan telah diterbitkan oleh produksi Mawi sendiri iaitu MW Entertainment.
Rock Sangkut yang bertemakan komedi menceritakan mengenai impian band rock kampung lakonan Hazama, Along Cham dan Joey Daud untuk menjadi bintang terkenal.
Telefilem ini juga merupakan lakonan pertama buat Hazama.
Manakala telefilem Novel Fana adalah drama kekeluargaan yang dibintangi oleh Aeril Zafril dan Wawa Zainal.
“Rock Sangkut akan ditayangkan pada Hari Raya pertama jam 2 petang dan telefilem Novel Fana pada Hari Raya kedua juga jam 2 petang” kata Mawi yang sebelum ini pernah mengarahkan dua telefilem berjudul ‘Pak Nil Mak Kirim Salam’ dan 'Siapa Dapat Lisa'.
Kedua-dua telefilem tersebut turut disiarkan di saluran Astro Maya HD.
Selain itu dalam perkembangan terbaru, Mawi yang juga pemilik syarikat produk kesihatan UneQuein, baru sahaja menghasilkan single terbaru ‘Al-Nuraa’.
Single Al- Nuraa adalah kolaborasi Mawi bersama Hazama dan Daly Filsuf.
Topic Berkaitan
#Akademi Fantasia 3
#Asmawi Ani
#Mawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan