awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mechamato promosi budaya Malaysia, di pawagam mulai 8 Disember

Faida Rahim
Faida Rahim
30/11/2022
01:00 MYT
Mechamato promosi budaya Malaysia, di pawagam mulai 8 Disember
Mechamato bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara, termasuk Brunei, bermula 8 Disember ini. -Mechamato
KUALA LUMPUR: Berita baik buat peminat animasi popular Mechamato!
Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara, termasuk Brunei, bermula 8 Disember ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (Monsta), Nizam Abdul Razak, filem animasi 3D Mechamato merupakan sebuah naskhah karya tempatan yang sarat dengan budaya di Malaysia.
“Ini adalah cita-cita Monsta untuk perkasakan budaya dan tempat di Malaysia.
"Dalam filem ini, penonton akan didedahkan dengan seni bina Bandar Hilir dan Kota Melaka.
“Penonton juga akan disajikan dengan persembahan silat termasuk elemen tradisional seperti destar, keris, beca, dan makanan tradisi seperti karipap.
"Saya percaya budaya kita boleh diangkat hingga ke peringkat global menerusi filem animasi ini,” katanya kepada Astro AWANI.
Kredit: Astro AWANI
Kredit: Astro AWANI
Selaku pengarah dan penulis Mechamato, Nizam meletakkan harapan besar agar penonton Malaysia memberikan sokongan penuh kepada filem ini.
Nizam turut meletakkan sasaran jualan tiket sebanyak RM30 juta.
“Filem ini akan segera ditayangkan di luar negara pada tahun 2023.
"Ini kerana Mechamato telah meraih kejayaan luar biasa selepas menembusi 65 buah negara di seluruh dunia sejak Disember 2021.
“Banyak pengajaran yang boleh penonton saksikan menerusi filem ini antaranya percaya kepada kebolehan diri, keberanian mencuba dan berusaha tanpa mudah berputus asa,” katanya ketika ditemui di Malam Gala yang berlangsung di GSC Mid Valley, di sini.
Mechamato terbitan Monsta dan Astro Shaw akan ditayangkan di 150 pawagam di Malaysia dan treler rasmi pertama telah dimuat naik di saluran Youtube Monsta pada 1 Januari 2021.
Berita baik khusus untuk pelanggan setia Astro! Anda boleh dapatkan tiket percuma di TGV bermula Disember ini dengan menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Astro Rewards di aplikasi My Astro.
Topic Berkaitan
#Mechamato
#MONSTA
#Nizam Abdul Razak
#filem animasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan