awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu FAM: Penyokong diharap tidak luntur semangat - Mohammed Taufiq
Ketua PBB beri amaran peningkatan ketegangan di wilayah Tigray, Ethiopia
Tiga lagi mayat ditemukan dalam operasi SAR MV Trisha Kerstin 3 yang karam di Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Media sosial boleh menjadi peluru kepada artis

Khairul Wasiril Aswad
Khairul Wasiril Aswad
11/02/2013
05:22 MYT
Media sosial boleh menjadi peluru kepada artis
Rentetan dari penayangan video ucapan ringkas oleh penyanyi Shila Amzah, penyanyi lagu Patah Seribu itu telah dikecam ramai pihak atas perbuatannya itu yang dikatakan terlalu terbuka berkongsikan masalah peribadinya yang melibatkan kisah cinta terhalang.
Menerusi artikel "Warkah terbuka buat Shila Amzah" yang tersiar di laman web Astro Awani, penulis yang juga pengarang digital, Muzaffar Mustapa turut ditemu ramah Suhaimi Sulaiman dalam Buletin Awani berkenaan kotroversi yang melibatkan penyanyi itu.
“Seseorang artis itu sepatutnya menguruskan ruang media sosialnya sebaik mungkin bagi mempromosikan kerjayanya dan bukanlah berkongsikan masalah yang bersifat terlalu peribadi bagi dirinya kepada umum.” kata Muzaffar.
Tambahnya lagi “Jika ia tidak diuruskan dengan baik, media sosial mampu menjadi peluru kepada artis.”
"Jika selama ini artis perlu berdepan dengan media, kini mereka juga terpaksa berdepan dengan kritikan-kritikan terbuka oleh pengguna media sosial." ujarnya.
Shila merupakan antara artis yang cukup aktif di laman sosial menerusi YouTube, Twitter dan Facebook bagi mendekatkan dirinya dengan peminat.
Video kontroversi ucapan tersebut tidak dapat diakses lagi di laman YouTube menerusi akaun milik Shila, namun ada individu lain yang berjaya memuat naik semula di laman pengkongsian video tersebut.
Untuk mengikuti wawancara penuh, sila klik pada video.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#Muzaffar Mustapa
#Shila Amzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan