BINTANG Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Fuad Rahman mengakui kini sedang menjalin hubungan cinta bersama Tom.
Dedah Fuad, 43, hatinya kembali terpaut dengan bekas teman wanitanya itu sejak minggu kedua bersama GV9 dan akhirnya meluahkan isi hatinya kepada Tom kira-kira dua minggu lalu.
"Kami memang sedang menjalin cinta, cinta saya mula berputik pada Tom adalah pada minggu kedua konsert GV. Tapi secara rasmi saya lamar dia untuk couple adalah dua minggu lepas.
"Tujuan saya ajak couple dan menuju ke arah lebih serius agak orang ramai dan peminat tidak salah anggap kalau nampak kami di luar nanti. Kalau-kalau nanti saya terpeluk atau terpegang tangan dia kemudian orang ambil gambar kami dan sebarkan itu lagi bahaya,” katanya kepada Gempak.
Tom bekas teman wanita Fuad
Dalam pada itu, Fuad mendedahkan, Tom sebenarnya bekas kekasihnya pada 2005, namun, mereka terpaksa berpisah disebabkannya menjalani hukuman penjara selama lima tahun.
Tambah Fuad, selepas habis sahaja tempoh hukuman tersebut, dia dan pelantun lagu Redha itu sudah tidak lagi berhubung antara satu sama lain sehingga dipertemukan semula di pentas GV9.
"Tapi sebenarnya kalau boleh saya dedahkan yang ramai orang tak tahu, Tom merupakan bekas kekasih saya, kami pernah bercinta pada 2005 dan kemudian itu saya telah masuk penjara, selepas itu kami terus tidak berhubung lagi.
"Saya tinggalkan dia waktu itu sendirian agak lama juga. Kemudian lepas keluar penjara saya mulakan hidup baharu, saya kahwin dan ada keluarga, manakala dia bawa diri ke Langkawi. Sampailah kami dipertemukan semula di Gegar Vaganza.
"Waktu pertama kali jumpa di GV saya rasa macam tergamam sebab tak sangka jumpa di situ. Saya tengok dia dah lain, kulit makin gelap. Saya rasa tuhan pertemukan kami semula mesti ada hikmah," katanya.
Fuad mahu tebus kesalahan dan rancang kahwin
Dalam masa sama, Fuad turut menganggap hikmah dipertemukan semula dengan Tom merupakan peluang untuk dirinya menebus kesalahan kerana meninggalkan penyanyi itu.
"Apa pun dengan peluang kali ini saya ingin tebus semula kesalahan saya yang dulu sebab meninggalkan dia, saya rasa ini waktu terbaik untuk tebus silap saya pada dia.
"Insya-Allah, kalau dipermudahkan saya akan jaga hubungan ini lebih serius. Jika tiada halangan Insya-Allah kalau tidak tahun depan mungkin tahu seterusnya kami akan berkahwin. Apa pun saya minta semua orang doakan hubungan kami dalam keadaan baik," tambahnya.
Terdahulu, Fuad mengemaskini status Facebooknya dengan meletakkan foto bersama-sama dengan Tom dan menukarkan profile dengan status 'in relationship'.
* Berita asal disiarkan di Gempak
Gempak
Thu Dec 08 2022

Fuad Rahman mengakui kini sedang menjalin hubungan cinta bersama Tom. Pasangan ini pernah bergelar kekasih sekitar 2005 sebelum terpisah selepas Fuad dipenjara. - Gambar GEMPAK

Kanak-kanak patah tangan jatuh tingkat 11
Seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke kejadian bagi operasi menyelamat.

Shahril sepatutnya jadi Ketua Pemuda UMNO - KJ
Bagaimanapun perkara itu tidak akan berlaku berikutan Shahril telah digantung keahlian parti tanpa melalui proses yang sewajarnya.
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007168/34651833521675039409896_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [30 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Hakim Rahman.

Zambry yakin isu dua hala Malaysia-Singapura dibincang dalam konteks konstruktif
Antara isu berkaitan termasuk 'Maritime Boundary Delimitation', 'Flight Information Region' dan juga melibatkan beberapa hal lain.

Aberdeen ambil masa 19 minit pecat Goodwin
Sebelum ini, Aberdeen diaibkan kelab Divisyen Enam, Darvel dalam saingan pusingan keempat Piala Scotland pada Selasa.

Penduduk Taman Seri Kemuning Indah resah insiden tanah runtuh
Situasi itu semakin membimbangkan penduduk kerana ia berhampiran rumah mereka selain faktor hujan sejak kebelakangan ini.

Sukan Asia Hangzhou 2022 ikut jadual
Chong berkata, tuan rumah, China sudah bersedia untuk menganjurkan temasya sukan terbesar di Asia itu.

Jiwa SME | Menawarkan perkhidmatan dakwah dalam talian
Aspek keagamaan antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam terutama golongan yang sibuk bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk menuntut ilmu atau mendalami agama. Tuntutan agama seperti membaca Al Quran, mempelajari kaedah solat yang betul, pengurusan pentadbiran pejabat mengikut syarak antara bidang yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam khususnya mereka yang tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas fardu ain atau kelas membaca Al Quran. Atas alasan itu, seorang anak muda , Mohd Amar Mirzan Abd Kadir Jailani, 29 tahun menubuhkan dakwah digital network yang dikenali BeDaie.

Tapak perkhemahan: Selangor ambil kira kepentingan semua pihak
Panduan itu merangkumi kategori tapak perkhemahan, perancangan dan kelulusan tapak aktiviti perkhemahan.

Syarikat induk Shopee, Sea Ltd kembang pelaburan, cipta 2,000 pekerjaan di Malaysia
Keputusan itu dimaklumkan kepada Tengku Zafrul semasa lawatan rasminya ke ibu pejabat syarikat itu di Singapura semalam.

"Dia nak tebus balik silap" - Tom terbuka hati terima kembali Fuad Rahman
Bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Tom bersedia untuk kembali mengenali bekas teman lelakinya, penyanyi kelahiran Singapura, Fuad Rahman.

Mengaku bercinta, Fuad rancang nikahi Tom
Tom merupakan bekas kekasih Fuad sekitar 2005 sebelum penjara memisahkan mereka.

GV9: Dina, Fuad tersingkir di minggu separuh akhir
Dina menyampaikan lagu Bukan Dia Tapi Aku nyanyian asal Judika manakala Fuad pula mendendangkan Di Alam Fana Cintamu nyanyian asal kumpulan Fotograf.

GV9: 'Sejujurnya saya sendiri menyesal' - Fuad Rahman pernah berniat buang tatu, terima nasihat daripada ustaz
Fuad turut memberi nasihat kepada generasi muda agar tidak tersalah langkah sepertinya.

Gv9: Tiga kali dipenjara sebab dadah, Fuad Rahman insaf selepas ibu melawat di penjara
Fuad terkenang kisah silamnya yang pernah menjalani hukuman penjara sebanyak tiga kali atas kesalahan mengambil dadah.