awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Terengganu runding bawa pulang pelajar UPSI menerusi penerbangan ihsan TUDM
DUNIA
IAEA akan teruskan pemeriksaan di Iran selepas keadaan keselamatan
DUNIA
Perbicaraan baharu kematian Diego Maradona diadakan di luar Buenos Aires
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ENTERTAINMENT

Mimi Lana anggap pembatalan majlis nikah bersama Syafiq Kyle sebagai ujian

Gempak
Gempak
11/08/2023
14:47 MYT
Mimi Lana anggap pembatalan majlis nikah bersama Syafiq Kyle sebagai ujian
Mimi menerusi akaun Instagram miliknya telah memuat naik satu hantaran berbentuk luahan hati yang dipercayai mengenai situasi dihadapinya.
PELAKON, Mimi Lana menganggap pembatalan majlis pernikahannya bersama aktor Syafiq Kyle sebagai ujian buat mereka.
Mimi menerusi akaun Instagram miliknya telah memuat naik satu hantaran berbentuk luahan hati yang dipercayai mengenai situasi dihadapinya.
Menurut Mimi, dia berharap dugaan yang dilalui ini dapat membentuk dirinya menjadi seorang Muslim yang lebih baik kelak.
“Semoga Allah merahmati saya dan dia serta memberikan kami ketenangan. Semoga Allah mengizinkan saya dan dia melalui ujian kesabaran ini dan menjadikan kita seorang Muslim yang lebih baik.
“Semoga apa yang saya dan dia percaya sebagai yang paling buruk untuk saya dan dia sebenarnya adalah yang terbaik untuk kami di dunia dan akhirat,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama, Mimi juga berharap agar dirinya diberi kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.
“Semoga Allah memberi saya dan dia kekuatan, kesabaran untuk terus melangkah. Semoga Allah memberikan kami dikelilingi dengan mereka yang positif.
“Semoga setiap air mata yang kita tumpahkan menjadi jalan untuk menghapuskan dosa, semoga setiap doa yang kita panjatkan dimakbulkan, dan semoga setiap doa yang kita ucapkan dimakbulkan,” coretnya.
View this post on Instagram
A post shared by MIMS (@missmimilana)
Terdahulu pada Jumaat, industri hiburan dikejutkan dengan pengumuman majlis pernikahan Mimi dan Syafiq yang sepatutnya diadakan pada 18 Ogos depan, dibatalkan.
Sebelum ini, Mimi diraikan dalam satu majlis istimewa yang hanya dihadiri sahabat rapat antaranya Fazura, Amelia Henderson, Azira Shafinaz, Nabila Huda dan Sherry Al Hadad.
Untuk rekod, hubungan pasangan ini dikatakan pernah terlerai pada Mei 2020 selepas lima tahun menyulam cinta namun kembali bertaut apabila masing-masing dilihat berkongsi gambar di media sosial.
Mimi dan Syafiq bertunang pada 21 Januari 2023. - Gempak
Topic Berkaitan
#Syafiq Kyle
#Mimi Lana
#majlis nikah batal
#luahan hati
#selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami