awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mira Filzah dinobat Bintang Paling Popular ABP32

Sinar Harian
Sinar Harian
22/09/2019
23:00 MYT
Mira Filzah dinobat Bintang Paling Popular ABP32
Mira Filzah menepati ramalan ramai apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ke-32. -Foto Sinar Harian
PELAKON Mira Filzah menepati ramalan ramai apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ke-32 (ABP32) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, turut memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular bersama Remy Ishak untuk kategori online.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Mira membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid beserta trofi.
“Alhamdulillah rezeki berpihak pada Mira dan Mira percaya ini adalah hasil usaha para peminat yang telah mengundi tanpa henti dan sentiasa menyokong kerjaya seni Mira selama ini.
“Mira percaya rezeki itu ALLAH dah tetapkan, selain usaha yang kita lakukan. Kemenangan bukanlah jalan mudah untuk kita lebih relaks atau goyang kaki, tapi bagi Mira bila dah menang ia seperti satu tanggungjawab untuk Mira memperbaiki diri pada masa akan datang supaya kemenangan itu dilihat berbaloi oleh semua orang.
“Kalau boleh, Mira nak orang nampak bakat Mira. Biarlah kemenangan itu selari dengan bakat dan bukan semata-mata kerana gosip dan sebagainya,” katanya yang ditemui selepas majlis berakhir.
Dalam pada itu, saingan terdekat Mira, Siti Nordiana turut mencipta kenangan manis apabila memenangi dua anugerah bagi kategori Penyanyi Wanita Popular DuitNow dan Pengacara TV Popular.
Sementara itu, ABP32 turut memberi Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat kepada kumpulan Raihan atas pencapaian dan sumbangan mereka terhadap industri seni tanah air.
ABP32 yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein itu disiarkan secara langsung di sebuah stesen televisyen swasta.
SENARAI PEMENANG ABP32
Kategori Utama
Bintang Paling Popular: Mira Filzah Pelakon Filem Lelaki Popular: Fattah Amin Pelakon Filem Wanita Popular: Mira Filzah Penyanyi Lelaki Popular DuitNow: Khai Bahar Penyanyi Wanita Popular DuitNow: Siti Nordiana Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: Dayang Nurfaizah & Hael Husaini Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa: Syafiq Kyle Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa: Mira Filzah Pengacara TV Popular: Siti Nordiana Penyampai Radio Popular: DJ Lin Artis Komedi Popular: Zizan Razak Artis Versatil Popular: Janna Nick Artis Baharu Lelaki Popular: Adam Lee Artis Baharu Wanita Popular: Haneesya Hanee Artis Korea Popular: BTS Artis Indonesia Popular: Laudya Cynthia Bella
Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat: Raihan
Kategori Online
Artis Sensasi Popular: Haqiem Rusli Gandingan Serasi Drama Popular: Mira Filzah & Remy Ishak Gandingan Serasi Filem Popular: Hannah Delisha & Syafiq Kyle Pelakon Watak Antagonis Popular: Shukri Yahaya Lagu Paling Boom: Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)
Topic Berkaitan
#ABP32
#Anugerah Bintang Popular ke-32
#Bintang Paling Popular
#Gandingan Serasi Drama Popular
#Mira Filzah
#Nur Amirah Filzah Badioezaman
#Pelakon Filem Wanita Popular
#Pelakon TV Wanita Popular
#Remy Ishak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan