PESERTA solo Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Dzawin, mengakui terpaksa meneruskan persembahan di atas pentas meskipun mengetahui ayahnya sedang nazak di hospital.
Dzawin atau nama sebenarnya Dzawin Nur Ikram, 26, berkata, itu merupakan pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan olehnya sepanjang bergelar pelawak.
"Pengalaman paling sedih bergelar seorang pelawak adalah saya harus menghiburkan orang ramai meskipun ketika itu ayah saya sedang kritikal di hospital.
"Saya harus meneruskan persembahan kerana telah terikat dengan kontrak dan tidak mahu menghampakan peminat yang hadir.
"Pernah juga saya marah kepada diri sendiri apabila memilih untuk menjadi seorang pelawak.
"Namun itu semua merupakan sejarah hidup saya yang pernah dilalui sepanjang bergelar seorang pelawak," katanya kepada Astro Gempak.
Dzawin berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pentas akhir MLM 2017, pada Jumaat.
Bercerita mengenai kemenangannya di MLM 2017, Dzawin, berkata, dia tidak menyangka akan dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga.
"Sebenarnya saya tidak meletakkan harapan yang tinggi di final kerana para peserta yang bertanding adalah sangat hebat.
"Bagi saya dapat masuk ke peringkat akhir adalah satu kemenangan memandangkan saya ini merupakan peserta solo.
"Alhamdulillah dengan kejayaan ini dan ia merupakan hadiah kepada peminat yang menyokong serta mengundi saya," jelasnya.
Mengangkat tema ‘Lanun’ sebagai imej, MLM 2017 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan menampilkan Datuk Rosyam Nor, Datuk Aznil Nawawi, Neelofa dan Luna Maya sebagai juri profesional.
MLM 2017 telah berlangsung pada Jumaat, di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah dan disiarkan di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Gempak
Mon May 08 2017
Dzawin atau nama sebenarnya Dzawin Nur Ikram, 26, berkata, itu merupakan pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan olehnya sepanjang bergelar pelawak. - Foto Astro Gempak
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Rusia larang rakyatnya kunjungi AS
Menerusi satu taklimat, Rusia memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain, atas alasan mereka boleh ‘diburu’ oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
Ukraine lancar peluru berpandu ATACMS ke pangkalan Rusia
Rusia mendakwa Ukraine melancarkan serangan peluru berpandu balistik buatan Amerika Syarikat (AS) jenis ATACMS ke arah sebuah pangkalan udara tentera di kawasan Laut Azov.
Perang dengan Iran? "apa sahaja boleh berlaku" - Trump
Presiden Pilihan Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan bahawa kemungkinan perang dengan Iran masih terbuka ketika ditanya dalam wawancara dengan majalah Time.
Trump menyatakan bahawa situasi global kini sangat tidak menentu dan menegaskan bahawa "apa sahaja boleh berlaku" berkaitan konflik dengan Iran.
Trump menyatakan bahawa situasi global kini sangat tidak menentu dan menegaskan bahawa "apa sahaja boleh berlaku" berkaitan konflik dengan Iran.
Tenun Pahang Diraja tersedia di menara 188
Produk kraftangan Tenun Pahang Diraja seperti pemegang kunci, tali leher, bekas pensil yang bercorak istimewa kini boleh didapati di menara Kuantan 188, Pahang.
Tiada istilah mudah jika ingin bergelar pelawak - Ali Puteh
Pelawak anggota kumpulan Puteh, Ali mengingatkan anak didiknya supaya mengambil serius dalam setiap perkara yang ingin dilakukan jika mahu bergelar seorang pelawak.
MLM 2017: Saya terpaksa teruskan persembahan ketika ayah nazak - Dzawin
Peserta solo Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) Dzawin, mengakui terpaksa meneruskan persembahan di atas pentas meskipun mengetahui ayahnya sedang nazak di Hospital.
Bocey juara MLM 2017, bawa pulang RM500,000
Bocey mencatat sejarah dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) apabila bergelar juara MLM 2017.