KUALA LUMPUR: Murninya tali persahabatan yang terjalin antara Neelofa dan Puteri Sarah Liyana sehinggakan kedua-dua selebriti itu saling memiliki antara satu sama lain untuk bergantung harap terutama semasa melalui detik-detik sukar.
Memahami derita yang sedang dilalui Puteri Sarah ketika ini, Neelofa menghulurkan rasa simpati dan sedih menerusi nota-nota dan doa yang indah buat sahabatnya itu.
Seperti mana sebilangan besar kaum wanita lain yang tampil memberikan kata-kata semangat kepada isteri sutradara tersohor, Syamsul Yusof itu di media sosial.
Neelofa secara terbuka menyatakan rasa bangga dengan tahap kesabaran tinggi yang dimiliki Puteri Sarah sekalipun menyedari kemelut rumah tangga yang dilaluinya amatlah membebankan.
Neelofa yang juga seorang usahawan berjaya mengakui sudah lama menyedari kehadiran ‘orang ketiga’ dalam rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul.
Namun, setelah diberi kepercayaan, Neelofa memilih untuk berdiam diri walapun sebetulnya dia hilang kata kerana perbuatan orang ketiga itu disifatkan sebagai sangat keterlaluan.
“Kita borak banyak pasal ini, sampai at what point saya dah tak tahu nak kongsi nasihat apa, sebab terlalu teruk pihak ketiga punya buli dia terhadap awak (Puteri Sarah).
“Masa tu orang ramai tak tahu lagi, saya sendiri tak sanggup nak hadam apatah lagi awak yang kena lalui.
“Memang awak seorang yang terlalu sabar dan kuat. Satu perkara yang saya amat terkesan, meskipun apa jadi awak sangatlah nak jaga rumah tangga, jaga aib suami, banyak mengalah…”tulis Neelofa di ruangan komen di Instagram Puteri Sarah.
Dalam masa sama, isteri kepada pendakwah bebas dan selebriti, PU Riz turut memanjatkan doa
mengarapkan segala kesakitan yang ditanggung Puteri Sarah digantikan dengan kebahagiaan yang kekal hingga akhir hayat.
“Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan, setiap air mata awak yang mengalir kepada kebahagiaan yang berterusan. Amin,” tulis Neelofa lagi.
Puteri Sarah turut membalas komen tinggalan Neelofa dan menulis: “Tq love selama ni I menangis dekat u final… TQ ajarkan I segala doa.”
Pada Khamis, Puteri Sarah yang juga seorang pelakon memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita yang didakwa kekasih kepada suaminya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.
Sejak beberapa bulan lalu, kisah rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah yang didakwa berhadapan krisis berikutan kehadiran orang ketiga.
Kemelut rumah tangga pasangan itu juga semakin serius sehingga Puteri Sarah mendedahkan, dia dan Syamul sudah tidak lagi tinggal sebumbung.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tagga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Astro Awani
Fri Jul 01 2022

Neelofa (kanan) menitipkan doa buat Puteri Sarah Liyana yang ketika ini sedang diuji dengan kemelut rumah tangga yang dibina bersama sutradara Mat Kilau, Syamsul Yusof. - Gambar Instagram

Saham | Mampukah Malaysia kekalkan momentum bersama pelabur asing?
Imran Yassin Md Yusof, Ketua, MIDF Research

Pendakwaan sambung hujah dalam rayuan kes SRC Najib
Timbalan Pendakwa Raya Datuk V.Sithambaram membentangkan penghujahan pada 9.30 pagi ini di hadapan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Empat rumah hangus, lelaki redah api selamatkan keluarga
Cheah Wei Liang mengalami melecur di dada dan lengan kirinya dalam kebakaran melibatkan empat rumah separa kayu itu.

Kerian Solar mula operasi, bawa Malaysia capai sasaran tenaga boleh baharu
Kerian Solar berjaya mencapai tarikh operasi komersial dalam tempoh 22 bulan selepas memulakan aktiviti pembinaan pada Oktober 2020.

DBKL naik taraf penghadang laluan pejalan kaki mesra OKU
Langkah itu sebagai maklum balas terhadap penularan sebuah video mengenai kesukaran orang awam ketika melalui penghadang sedia ada.

Pejabat HAL India akan dibuka di Kuala Lumpur
Pejabat itu membantu HAL memanfaatkan peluang perniagaan baharu untuk jurulatih utama pejuang LCA dan keperluan lain TUDM.

In Realty | Hartanah yang menghubungkan lima lebuh raya utama
Segmen In Realty kali ini, Syed Farradino Omar menjenguk kediaman berbentuk Town House di selatan Lembah Klang dekat Cybersouth. Menariknya, pemilik berbeza bagi tingkat atas dan bawah, namun berkongsi satu 'courtyard' yang sama di tengah rumah. Pembangunan Casa Bayu ini lengkap dengan pelbagai kemudahan dan persekitaran yang aman.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [19 Ogos 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [19 Ogos 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1983298/thumbnails/39048491611660869375980_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [19 Ogos 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Rayuan SRC: Najib akui tidak dapat pertahankan diri, bantah keputusan panel hakim Portal aduan buli dilancar, adu terus ke Kementerian Pendidikan - Radzi Pelajar terbaik STPM 2021, Nur Yasmin amal surah Al-Waqiah, Yasin #AWANInews #MalaysiaBangkit

Derita sakit buah pinggang selepas makan mi segera setiap hari
Mohd Faisal bersyukur Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) membantu membiayai bil rawatan cucian darahnya.

PM Finland kesal video menari tular tersebar
Jelas Sanna Marin, video berkenaan dirakam untuk simpanan peribadi dan sepatutnya hanya untuk tontonan rakan-rakannya.

'Rambut perang, kulit macam mat salih' - Peminat teruja Neelofa hampir dedah wajah Bilal
Dalam video itu, Bilal sedang menepuk meja dengan kedua-dua tangannya selepas dipercayai diberi makan.

Neelofa sumbang dua ekor lembu 'sado' kepada bomba Kelantan
Lebih 20 anggota bomba 'bekerja keras' sebelum berjaya menumbangkan lembu yang dianggarkan seberat 700 kg hingga satu tan setiap seekor.

"Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan"- Doa Neelofa buat Puteri Sarah
Neelofa sudah lama tahu masalah rumah tangga Puteri Sarah, Syamsul.

"Saya galakkan anak-anak lihat negara orang" - Neelofa nak berhijrah, ibu beri 'green light'
Ibu kepada selebriti ternama Neelofa, Datin Noor Kartini merestui hasrat anaknya untuk berhijrah mengikut suami.

Noor Nabila ada sebab jarang kongsi foto suami
Kongsi salah, tak kongsi pun salah...

"Kita tak perasan pun" - Terima duit raya RM14,000, Neelofa anggap rezeki Bilal
Selebriti terkenal Neelofa akui tidak menyangka duit raya putera sulungnya, Bilal boleh mencecah sehingga RM14,000.

'Aduhai Berketak-Ketak' - Usia nak masuk 3 bulan, anak Neelofa dah nak pandai meniarap!
Melalui Insta Story Neelofa, usahawan itu memuat naik video Bilal yang kini sudah hampir pandai meniarap.

'Bilalah dapat tengok wajah Bilal' - Penampilan Neelofa gendong anak tarik perhatian
Menerusi laman sosial Instagram, Neelofa berkongsi foto pertamanya selepas tamat berpantang bersama Bilal yang diletakkan di dalam kain gendong.

Muhammad Bilal sepatutnya berkongsi tarikh lahir dengan Neelofa
Neelofa mendedahkan anaknya, Muhammad Bilal sepatutnya dilahirkan pada hari ini (10 Februari) iaitu jatuh pada tarikh lahir pengacara dan usahawan tersohor itu.

Pesanan abah buat Muhammad Bilal
-Semoga Allah takdirkan anak abah ini dalam kalangan para solehin lebih baik dari abah, Insya-Allah.- - PU Riz