awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MoU janjikan masa depan lebih baik untuk artis Malaysia, Indonesia

Bernama
Bernama
04/06/2023
23:00 MYT
MoU janjikan masa depan lebih baik untuk artis Malaysia, Indonesia
Majlis menandatangani perjanjian di MW Music Studio pada Jumaat lepas bakal membuka laluan ke arah lebih banyak kerjasama serta pertukaran idea dan artis, menurut Karyawan dalam satu kenyataan. - Gambar/ Bernama
JAKARTA: Persatuan Seniman Malaysia (Karyawan) dan Persekutuan Pemuzik Indonesia (FESMI) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk bersama-sama menggalakkan pertumbuhan industri muzik di kedua-dua negara.
Majlis menandatangani perjanjian di MW Music Studio pada Jumaat lepas bakal membuka laluan ke arah lebih banyak kerjasama serta pertukaran idea dan artis, menurut Karyawan dalam satu kenyataan.
MoU itu adalah hasil perbincangan antara presidennya Datuk Freddie Fernandez dan presiden FESMI Candra Darusman susulan insiden baru-baru ini yang menyaksikan sebuah kumpulan muzik Indonesia berdepan beberapa masalah dengan seorang promoter.
Pada asasnya, Candra berkata kerjasama ini akan meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara badan muzik kedua-dua negara, di samping mewujudkan lebih banyak peluang untuk artis membuat persembahan di negara masing-masing.
"Sudah tentu, kami juga akan membantu dalam masalah yang mungkin timbul antara artis dan promoter atau sebarang isu lain yang mungkin mereka hadapi semasa lawatan," katanya.
Freddie menegaskan bahawa artis kedua-dua negara telah memasuki dan meraih populariti dalam pasaran muzik masing-masing sejak bertahun-tahun.
Artis Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Search, Exist, Slam dan Iklim sangat popular di Indonesia, manakala terdapat banyak band dan artis Indonesia termasuk Rossa, Krisdayanti, Sheila on 7, Dewa dan ramai lagi yang menjadi sebutan ramai di Malaysia.
"Kerjasama ini akan memastikan lebih ramai artis diberi peluang untuk memanfaatkan hubungan harmoni antara industri muzik kedua-dua negara yang telah diwujudkan hasil daripada ini," katanya.
Kedua-dua organisasi juga merancang untuk bekerjasama dalam bidang hak cipta dan memastikan hak harta intelek artis diberi perlindungan dan sebarang royalti yang terhutang kepada setiap negara diserahkan kepada organisasi hak cipta masing-masing.
Karyawan dan FESMI malah memulakan perbincangan mengenai pertukaran artis dan kemungkinan festival muzik untuk mempromosi artis dan pemuzik masing-masing.
"Ia adalah langkah yang tepat pada masanya memandangkan perkembangan baharu dalam bidang muzik dan penggunaan teknologi dan media baharu yang semakin berkembang dalam mempromosi muzik artis di seluruh dunia dan artis kini boleh menjangkakan lebih banyak perkara menarik akan berlaku pada masa akan datang," kata Freddie.
Artis yang berminat mencipta pasaran baharu untuk muzik mereka akan digalakkan bekerjasama dengan organisasi bagi mengatur pertunjukan, konsert, promosi dan liputan media semasa lawatan mereka.
"Ini akan menjadi petanda baik untuk bintang masa depan mengembangkan kerjaya mereka dan mencipta nama di peringkat antarabangsa," kata Candra.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#artis malaysia
#Indonesia
#karyawan
#FESMI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan