awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Naatu Naatu' lagu pertama dari filem produksi India tercalon Oscar

Agensi
Agensi
25/01/2023
08:12 MYT
'Naatu Naatu' lagu pertama dari filem produksi India tercalon Oscar
Lagu itu dipetik dari filem komedi aksi bertajuk RRR, arahan S.S. Rajamouli. - Sumber foto Twitter/@TrackTwood
LAGU 'Naatu Naatu' karya M Keeravaani menjadi lagu pertama daripada produksi filem India berjaya dicalonkan dalam kategori Lagu Asal Terbaik di Anugerah Akademi (Anugerah Oscar) ke-95.
Lagu itu dipetik dari filem komedi aksi bertajuk RRR, arahan S.S. Rajamouli.
“Saya gembira dengan pencalonan Oscar, kerana ia adalah impian penggiat seni dari seluruh dunia. Untuk sampai ke tahap ini bukan perkara main-main, ia memerlukan usaha dan kredibiliti tinggi.
"Itulah yang menjadikan Oscar dipandang tinggi. Itulah sebabnya kami sangat menghormati dan menghargainya. Dan saya sangat berbangga kerana menjadi individu pertama dari Asia Selatan dicalonkan dalam kategori muzik," katanya kepada portal Deadline, baru-baru ini.
Turut menerima pencalonan dalam kategori tersebut ialah Lady Gaga untuk Hold My Hand dari Top Gun: Maverick, manakala Rihanna menjadi calon Oscar kali pertama menerusi Lift Me Up, lagu yang dipetik dari filem Black Panther: Wakanda Forever.
Diane Warren menerima pencalonan Oscar ke-14 menerusi lagu Applause dari filem Tell It Like a Woman.
Kejutan berlaku apabila calon kegemaran ramai, Carolina oleh Taylor Swift yang dipetik dari filem Where the Crawdads Sing gagal menerima pencalonan.
Lagu itu dianggap sebagai pilihan utama untuk memenangi Oscar selepas menerima pencalonan untuk beberapa anugerah berprestij lain termasuk Golden Globes.
Topic Berkaitan
#Oscar
#Anugerah Akademi
#naatu naatu
#filem komedi RRR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan