awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nadeera Zaini terharu, bangga wakili negara ke ABU TV Song Festival di Mongolia

Bernama
Bernama
11/09/2025
04:00 MYT
Nadeera Zaini terharu, bangga wakili negara ke ABU TV Song Festival di Mongolia
Nadeera Zaini mengukir sejarah manis dalam kerjaya seninya apabila terpilih mewakili negara ke acara berprestij ABU Song Festival 2025 yang akan berlangsung Sabtu ini di Tsonjin Boldog, Mongolia. - Gambar Rocketfuel Entertainment
KUALA LUMPUR: Penyanyi berbakat besar, Nadeera Zaini mengukir sejarah manis dalam kerjaya seninya apabila terpilih mewakili negara ke acara berprestij ABU Song Festival 2025 yang akan berlangsung Sabtu ini di Tsonjin Boldog, Mongolia.
Bakal mempersembahkan lagu hitnya, Bukan Lagi Kita, penyanyi berusia 32 tahun itu yang terharu kerana berpeluang mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa, menganggap pemilihan tersebut merupakan penghormatan besar buatnya.
"Lagu Bukan Lagi Kita sangat dekat di hati saya dan pendengar, jadi saya mahu nyanyikannya dengan seluruh jiwa sebagai hadiah buat semua.
"Saya sedar di pentas ini saya bukan sekadar Nadeera, saya ialah anak Malaysia.
"Setiap nota yang saya nyanyikan nanti adalah doa, harapan dan juga kebanggaan kita bersama. Insya-Allah, saya akan berikan persembahan yang terbaik," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Rocketfuel Entertainment di sini.
Meskipun bukan kali pertama beliau menjejakkan kaki di pentas luar negara dengan persembahan di Vietnam dan Indonesia sebelum ini, Nadeera menyifatkan peluang kali ini membawa makna yang jauh lebih besar.
"Saya amat berbangga kerana dapat mewakili Malaysia di pentas dunia. Setiap kali melangkah ke luar negara, saya membawa semangat dan harapan peminat di tanah air.
"Kali ini ia lebih istimewa kerana saya bakal tampil di festival berskala antarabangsa bersama-sama dengan barisan artis hebat dari seluruh Asia. Saya harap dapat mengharumkan nama negara dengan cara yang tersendiri," katanya.
Naib juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) itu turut meluahkan rasa syukur dan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong dan memberi kepercayaan termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai badan mewakili ABU yang membuat pemilihan tersebut, pasukan produksi, pemuzik dan semua peminat yang menjadi tulang belakang kerjayanya.
"Doakan perjalanan ke Mongolia dipermudahkan dan persembahan nanti menyentuh hati sesiapa yang menonton," katanya.
ABU Song Festival merupakan acara gala tahunan tanpa pertandingan yang dianjurkan buat pertama kali pada 2012 oleh Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU), menghimpunkan persembahan lagu atau instrumental oleh pemuzik dari seluruh rantau Asia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nadeera Zaini
#ABU Song Festival
#Bukan Lagi Kita
#wakil malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan