awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Nadira berhati mulia, tidak lokek masa dan wang ringgit' - Rakan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
29/10/2017
05:18 MYT
'Nadira berhati mulia, tidak lokek masa dan wang ringgit' - Rakan
Nadira Azizan dikenali dan dikenang sebagai insan yang jujur, pemurah dan sangat mementingkan nilai persahabatan.
BEKAS juruhebah radio ERA, Allahyarham Nadira Azizan, dikenali dan dikenang sebagai insan yang jujur, pemurah dan sangat mementingkan nilai persahabatan.
Tidak hairanlah, berita pemergiannya disambut penuh hiba oleh rakan-rakan yang mengenalinya.
Seorang kenalan Nadira dan keluarganya, Ir Meor Shamsudin, melalui beberapa status yang dikemas kini di akaun Facebook, mengimbas kenangan bersama Nadira yang merupakan Pengurus Kandungan THR Gegar, tidak pernah lokek masa dan wang ringgit untuk turun menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Bukan sekadar menghulurkan sumbangan daripada pihak majikannya, tetapi Nadira dan keluarganya turut sama memberikan sumbangan peribadi mereka.
Seorang rakan, Surya Suharman, mengenang Nadira sebagai seorang sahabat yang sentiasa ceria, dan pemergiannya pasti akan dirindui.
Turut berkongsi rasa ialah bekas penyampai Era FM, Faiza Ismail yang mengimbas kenangan bagaimana Nadira cukup sabar memberikannya tunjuk ajar di awal kemunculannya sebagai penyampai radio.
Ketika Radio Era memulakan operasi pada 1998 beliau dan seorg lagi senior di Uitm memulakan latihan praktikal di radio tersebut. Saya dan @anidatahrim menyusul sbg batch kedua melakukan praktikal di Era. Dia lah insan yg ditugaskan utk memberikan tunjuk ajar ttg cara penyampaian, cara membuat rakaman dan paling penting cara membawa diri sebagai org baru di radio. Terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar. Moga Allah merahmatimu. Alfatihah #NadiraAzizan #Repost @thrgegar (@get_repost) ・・・ #Repost @khaibahar94 (@get_repost) ・・・ akak yng pling baik pernah saya knal kini telah kembali ke rahmatullah, selamat jalan kak, smoga tenang di sana, #Repost @narrecords ・・・ Salam Takziah daripada kami, seluruh kakitangan & juga artis di bawah NAR Records kepada keluarga Ann @ Nadira Azizan Pengurus Kandungan THR Gegar yang telah kembali menemui Tuhannya. Al-Fatihah
A post shared by Faizal Ismail (@faizalfbi76) on
Oct 28, 2017 at 8:31pm PDT
Penyanyi Khai Bahar pula menyifatkan pemergian Nadira sebagai kehilangan yang cukup besar.
akak yng pling baik pernah saya knal kini telah kembali ke rahmatullah, selamat jalan kak, smoga tenang di sana, #Repost @narrecords ・・・ Salam Takziah daripada kami, seluruh kakitangan & juga artis di bawah NAR Records kepada keluarga Ann @ Nadira Azizan Pengurus Kandungan THR Gegar yang telah kembali menemui Tuhannya. Al-Fatihah
A post shared by khaibahar94 (@khaibahar94) on
Oct 28, 2017 at 8:16pm PDT
Nadira merupakan antara penyampai terawal di Era FM, ketika stesen radio berkenaan mula beroperasi pada tahun 1998.
Nadira, 41, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat denggi pada 7.10 pagi hari ini.
Allahyarham dimasukkan ke hospital Isnin lalu meninggalkan suami, Hasrul Rizal Hassan dan lima anak.
Topic Berkaitan
#denggi
#Era FM
#juruhebah
#meninggal dunia
#Nadira Azizan
#THR Gegar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan