awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nam Ron bawa nashkah Laut Lebih Indah Dari Bulan ke Esplanade

Muzaffar Mustapa
Muzaffar Mustapa
03/04/2014
08:05 MYT
Nam Ron bawa nashkah Laut Lebih Indah Dari Bulan ke Esplanade
Teater Kompilasi Nam Ron mendominasi senarai pencalonan apabila menerima sembilan pencalonan di Anugerah Seni BOH Cameronian ke-11.
Anugerah seni berprestij yang bertemakan ‘Era Pop Yeh Yeh’ itu bakal berlangsung di Stadium Negara pada 27 April depan.
Selain teruja dengan pencalonan itu, Nam Ron turut berdebar untuk mementaskan naskhah yang sama di The Esplanade, Singapura.
Melibatkan diri dalam bidang teater sejak 1989, Nam Ron menerima pencalonan dalam kategori Pengarah Terbaik, Skrip Asal Terbaik dan Rekaan Set Terbaik.
Dua tahun lalu, Nam Ron tewas kepada anak didiknya Naque Ariffin untuk trofi Pelakon Pembantu Terbaik.
Tidak meletakkan sebarang harapan, Nam Ron akui produksi generasi baru seperti MASK Team dan Paradoks Productions bakal memberikan saingan yang sengit.
Turut menerima pencalonan ialah barisan pelakon teater itu antaranya pelakon handalan Sofia Jane dan pelakon pemenang trofi FFM, Sharifah Amani yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Utama Terbaik.
Sofia dan Amani bakal bersaing dengan calon dari teater Maduku Kalut, Izzue Islam.
Manakala Vanidah Imran dan Aqasha tersenarai sebagai calon dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik.
Teater Kompilasi Nam Ron diberikan nama baru iaitu "Laut Lebih Indah Dari Bulan" untuk tiga pementasannya yang bakal berlangsung di The Esplanade Singapura pada 16 dan 17 Mei depan.
Laut Lebih Indah Dari Bulan di Esplanade Singapura
Laut Lebih Indah Dari Bulan di Esplanade Singapura
Topic Berkaitan
#Anugerah Seni Boh Cameronian
#Nam Ron
#Sharifah Amani
#Sofia Jane
#teater
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan