awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nash dilaporkan stabil selepas kemalangan

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2021
00:18 MYT
Nash dilaporkan stabil selepas kemalangan
Nash melahirkan penghargaan buat semua yang menziarah dan mendoakan kesembuhannya. - Foto Facebook/Azlee Senario
KUALA LUMPUR : Penyanyi, Datuk Nashrudin Elias atau Nash yang cedera selepas kemalangan di Kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di pada Selasa, kini dilaporkan stabil.
Bagaimanapun, ketika ini, beliau mengalami sakit di bahagian belakang kesan kemalangan berkenaan.
Nash juga melahirkan penghargaan buat semua yang menziarah dan mendoakan kesembuhannya.
Perkembangan itu dikongsi rakan artis, Azlee Senario melalui satu rakaman video di laman sosial Facebook.
"Terima kasih semua yang datang ke hospital. Saya dalam keadaan yang stabil, cuma ada jahit sikit di bibir dekat atas dan bawah. Selain itu ada cedera di siku. Saya juga ada sakit urat belakang saya, rasa macam tegang sangat, memang sakit sangat. Jadi, yang paling penting doakan untuk saya," kata Nash.
BACA: Nash cedera kenderaan terbabas, langgar penghadang jalan
Dalam kejadian 4 petang Selasa itu, Nash mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada.
Vokalis kumpulan Lefthanded itu dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#cedera
#Nash
#penyanyi
#Malaysia
#stabil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan