awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Natasha Hudson, suami sedia timang cahaya mata

Pa and Ma
Pa and Ma
11/03/2023
02:40 MYT
Natasha Hudson, suami sedia timang cahaya mata
Dia dan suami pernah berbincang untuk memiliki zuriat bersama, namun memilih untuk menstabilkan kewangan dan ekonomi mereka terlebih dahulu. - Foto Instagram/Natasha Hudson
MEMASUKI usia 41 tahun, Natasha berkata dia dan suami tidak terlalu terdesak untuk dikurniakan anak meskipun mempunyai keinginan.
Menurut Natasha, mereka hanya berserah kepada Allah jika dikurniakan rezeki suatu hari nanti.
Ujarnya lagi, dia dan suami pernah berbincang untuk memiliki zuriat bersama, namun memilih untuk menstabilkan kewangan dan ekonomi mereka terlebih dahulu.
"Selepas setahun mendirikan rumah tangga, sudah tentu kami inginkan cahaya mata. Kami pun pernah berbincang tentang zuriat.
"Saya selalu usik suami untuk memiliki anak, namun kami kena stabilkan dahulu keluarga, punca rezeki dan anak-anak saya hasil perkahwinan terdahulu," katanya.
Ketika ditemu bual Natasha turut memberitahu dia tidak boleh menunggu terlalu lama disebabkan faktor usia.
"Kalau mahu miliki zuriat pun, InsyaAllah untuk tahun sete­rusnya. Tapi saya pun tidak boleh tunggu lama sebab faktor usia," jelasnya.
Disoal mengenai perasaan suami, Natasha berkata suaminya itu tidak kisah jika perkahwinan mereka tidak dihadirkan dengan cahaya mata memandangkan sudah pun memiliki tiga orang anak tiri.
"Suami kata dia tidak kisah. Kalau tidak ada, pun tak mengapa. Tapi kalau ada dia okay. Sebab bila saya cakap nak (anak), sudah tentu dia suka.
"Bagi suami, kehadiran tiga orang anak ‘ekspres’ (tiri) sudah cukup menggembirakan hatinya. Dia sangat senang dengan keha­diran anak-anak saya. Tapi saya tahu dia inginkan anak sendiri juga," katanya. - Pa&Ma
Topic Berkaitan
#Natasha Hudson
#anak
#menstabilkan kewangan
#cahaya mata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan