KUALA LUMPUR: Spekulasi mengenai kedudukan rumah tangga artis veteran, Datuk ND Lala atau nama sebenarnya, Amir Hamzah Salleh dan isterinya, Datin Fauziah Sarman akhirnya sampai ke penghujung.
Pada awal pagi ini, di akaun Instagram peribadinya, Fauziah mengumumkan, dia sudah diceraikan oleh suaminya.
Menurut ibu kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah itu lagi, kali pertama ND Lala melafazkan cerai ialah pada 2 Ogos lalu, sementara lafaz kedua dibuat semalam, 8 Ogos (Rabu).
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dengan izinNya dan kekuatan kasih sayang Allah, saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.”
“Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) melalui WhatsApp.
“Alhamdullilah, Allah telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini. Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin doa saya, doa insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, insya-Allah,” tulis Fauziah dalam hantaran itu.
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu lagi, tujuannya menjelaskan status rumah tangganya itu kerana mahu mengelakkan tercetus sebarang fitnah.
"Saya menulis ini untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini,” luah Fauziah.
Sebagai wanita yang melalui fasa menyedihkan itu, Fauziah mengharapkan masyarakat khususnya netizen sentiasa menitipkan doa yang baik-baik buatnya.
“Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana kuatnya saya selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan.
“Apa yang telah menjadi sejarah akan saya titipkan sebagai nadi kekuatan dalam membina hidup yang lebih diredai Allah tanpa menyakiti jiwa sesiapa kerana saya sangat sedar, dosa sesama manusia ini sangatlah berat.
“Terima kasih untuk doa semua dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata.
“Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua,” tambahnya.
Melalui pernikahan yang dimeterai pada 1989 itu, ND Lala dan Fauziah dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila atau Shila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.
Sejak beberapa bulan lalu, tercetus spekulasi mengenai rumah tangga pasangan itu berantakan.
ND Lala yang masyhur sebagai penyanyi dan pelakon pada era 1980-an didakwa telah menikahi seorang wanita muda.
Bagaimanapun, sehingga kini, beliau masih berdiam diri dan enggan memberi sebarang kenyataan kepada media.
Astro Awani
Wed Aug 09 2023

Rumah tangga ND Lala dan Fauziah Sarman yang berusia 34 tahun berakhir dengan perpisahan. - Gambar fail
Jiwa SME: Kesempatan dalam kesempitan melalui ternakan ayam penelur
Baka Hyline Brown boleh menghasilkan sehingga 340 biji telur setahun, memperoleh sokongan luas dan menawarkan penghantaran anak ayam untuk individu yang ingin memulakan penternakan sendiri.

TheNoor akan pindah ibu pejabat ke Madinah sebagai langkah strategik
Langkah ini akan turut memperlihatkan TheNoor menerima akses kepada persekitaran teknikal yang membantu kepada perkembangan inovasi.

Tak patut hentam JDT, ACL 'level' berbeza
Kekalahan tersebut menyaksikan hasrat juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu untuk mara ke saingan kalah mati terkubur.

4 pendatang asing maut, terjun bot haram
Saksi mendakwa mangsa terjun selepas dipaksa untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa.
![[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas [LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701303061_Netanyahu.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Israel mahu Hamas bukan hanya membebaskan penduduk Israel, tetapi juga anggota tentera yang ditahan.

Gaza di ambang bencana kemanusiaan - PBB
Tegas Antonio Guterres, dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik
Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah al-Jumuah, masyarakat perlu memahaminya dalam tiga peringkat.
Bapa anak lapan dipenjara 14 tahun
Seorang bapa kepada lapan anak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu selepas didapati bersalah menyebabkan kematian isterinya di kediaman mereka di Semporna, enam tahun lepas.
Calon BN akan ada tugas penting sekiranya menang - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tidak hanya menjadi ahli parlimen biasa sekiranya menang.

Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Benjamin Netanyahu tegaskan tentera Zionis akan terus memerangi Hamas sehingga ke akhirnya.

ND Lala, isteri bercerai selepas 34 tahun bernikah
"Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana kuatnya saya selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan." - Fauziah Sarman