Selebriti popular Malaysia Neelofa kini dilantik sebagai duta pertama Asia Tenggara bagi gergasi kosmetik Perancis, Lancome selepas tiga tahun mewakili jenama itu di Malaysia selain menjadi wanita berhijab pertama yang menjadi duta produk kecantikan tersebut.
"Saya amat berbesar hati dinamakan sebagai duta pertama Asia Tenggara bagi satu jenama yang telah saya anggap sebagai sebahagian daripada keluarga saya.
"Saya percaya kebahagiaan adalah satu perjalanan dan bukan satu destinasi, dan perjalanan saya bersama Lancome adalah sesuatu yang luar biasa," katanya dalam satu rakaman video hari ini.
Beliau juga berharap dapat berhubung dengan wanita dari rantau Asia Tenggara dalam mempromosi manfaat produk itu dan pada masa sama, mencari kekuatan yang mampu menyatukan mereka.
Para selebriti dan peminat membanjiri ruangan komen di laman media sosial Neelofa untuk mengucapkan tahniah selepas beliau memuat naik video itu pada 12 tengah hari ini yang telah ditonton lebih 140,000 kali.
Hos televisyen, aktor dan penyanyi Alif Satar (@alifsatar) menulis "congrats babe! Go lofa!!!" yang diikuti selebriti lain termasuk Siti Saleha (@sallywho), Daphne Iking (@daphneiking), Daiyan Trisha (@daiyantrisha), Fara Fauzana (@therealfafau) dan Dynas Mokhtar (@dynasmokhtar).
Sementara itu, @ad_am berkata "Just when you think you've reached your peak, you prove that you can always outdo yourself!!! So proud!!!"
Seorang lagi pengikut @shifahusni memberi komen "So proud of you! Bangganya ada org Malaysia yg betul2 ke depan mcm you. Lofa mmg my idol ?."
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 07 2020
Neelofa berbesar hati dinamakan sebagai duta pertama Asia Tenggara bagi Lancome. - Foto/Instagram
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Pulau Pinang muncul hab pelancongan perubatan di Asia Tenggara
Pulau Pinang menawarkan gabungan antara penjagaan perubatan berkualiti dan sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
Malaysia catat prestasi terbaik pasaran ekuiti Asia Tenggara 2024 - Deloitte
Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam pasaran ekuiti Asia Tenggara, berbanding rakan serantau bagi tempoh 10 bulan setengah tahun ini, menurut firma perkhidmatan profesional global, Deloitte.
ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Malaysia antara negara teratas dalam keselamatan siber di Asia Tenggara - Kaspersky
Malaysia muncul sebagai antara negara peneraju dalam rangka kerja pengawalseliaan keselamatan siber di Asia Tenggara.
Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat Taufan Yagi di Asia Tenggara - UNICEF
Taufan Yagi menjejaskan hampir enam juta kanak-kanak dan memutuskan akses kepada sumber penting seperti air bersih, pendidikan, penjagaan kesihatan, makanan, dan tempat perlindungan.
Syarikat China lancar janaan dalam bahasa Melayu perkukuh AI di Asia Tenggara
Alto AI melancarkan LLM yang pertama dalam Bahasa Melayu bagi memperkukuh janaan AI di Asia Tenggara meliputi pelbagai bidang.
Asia Tenggara berdepan kekurangan guru yang ketara - SEAMEO
Rantau Asia Tenggara kini berdepan dengan kekurangan guru yang ketara dan boleh menghalang pembangunan generasi celik digital.
Laporan Tesla batal pengeluaran di Asia Tenggara mungkin keputusan komersial - MITI
Laporan mengenai hasrat Tesla membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan komersial operasinya.
PM Singapura mulakan lawatan pengenalan ke Brunei dan Malaysia
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, akan memulakan siri lawatan pengenalannya ke ibu kota Asia Tenggara, bermula dengan Brunei dan Malaysia, dari 11 hingga 12 Jun ini.