ENTERTAINMENT
Neelofa 'mengadu' sakit tulang, mahukan tukang urut segera!

Terbaharu hos acara berkenaan Neelofa mendedahkan mengalami sakit tulang selepas mengadakan persembahan tarian dalam malam yang berprestij itu. Photo Instagram @neelofa
KEHANGATAN Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019) masih tidak pudar.
Terbaharu hos acara berkenaan Neelofa mendedahkan mengalami sakit tulang selepas mengadakan persembahan tarian pada malam yang berprestij itu.
Artis cantik kelahiran Pasir Mas itu malah memerlukan tukang urut segera, sejurus acara gilang-gemilang berkenaan selesai.
Keadaan bertambah 'serius' apabila Neelofa memuat naik status berkenaan di akaun Instagramnya.
Bagaimanapun, status itu dibuat dalam nada jenaka dan menerima reaksi positif ramai peminatnya yang menyatakan bahawa Neelofa berjaya memberikan persembahan terbaik.
Trio hos berkenaan berjaya memukau penonton terutamanya semasa persembahan pembukaan yang memerlukan mereka semua menari bak penari profesional.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami