awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM
Penceramah bebas dijel 10 hari gagal lunas hutang kahwin RM120,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nina Ismail Sabri umum bakal timang cahaya mata bersama Hafiz Osman

Gempak
Gempak
02/04/2025
09:45 MYT
Nina Ismail Sabri umum bakal timang cahaya mata bersama Hafiz Osman
Nina membuat trend video mengumumkan dia kini hamil bersama suami tercinta, Hafiz Osman dan anak sulungnya, Jeanelle Nika Mandagie. - Gempak
KAKAK kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri membuat kejutan apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata kedua.
Hamil anak kedua
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Nina membuat trend video mengumumkan dia kini hamil bersama suami tercinta, Hafiz Osman dan anak sulungnya, Jeanelle Nika Mandagie.
Dalam video pendek tersebut, Nina memberi botol susu bayi dan foto imbasan ultrasound kandungannya kepada Hafiz.
Menurut Nina, kandungannya kini sudah melepasi trimester pertama dan teruja menanti bayi yang diberi nama sementara HN itu.
“Berehat dari posting Raya untuk memberi laluan kepada manusia kecil ini yang kita semua sangat teruja untuk menyambut tahun ini.
“Alhamdulillah kami baru sahaja melepasi trimester pertama, mohon doakan untuk lil bun kami dalam oven saya.
“Abah, Kakak dan Mommy teruja sangat nak jumpa bayi HN,” coret Nina.
Nina sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang dikenali Hafiz Osman pada 24 November tahun lalu.
Untuk rekod, Nina pernah mendirikan rumah tangga bersama pereke fesyen terkenal, Datukj Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013, namun berpisah cara baik pada Ogos tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia tujuh tahun.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie yang kini berusia tujuh tahun. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Nina Ismail Sabri
#timang cahaya mata
#Hafiz Osman
#Jeanelle Nika Mandagie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan