awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nonny Nadirah, Mustain Adnan selamat bernikah

Gempak
Gempak
18/03/2018
23:28 MYT
Nonny Nadirah, Mustain Adnan selamat bernikah
Nonny Nadirah telah selamat menjadi isteri kepada duda anak satu, Mohamed Mustain Adnan, 36, pukul 11.30 pagi Ahad.
BEKAS peserta Akademi Fantasia musim kelima, Nonny Nadirah telah selamat menjadi isteri kepada duda anak satu, Mohamed Mustain Adnan, 36, pukul 11.30 pagi Ahad.
Majlis pernikahan yang berlangsung di TH Hotel Kota Kinabalu, Sabah, menyaksikan Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 29, telah sah menjadi isteri kepada Mustain dengan sekali lafaz.
Nonny dan Mustain tidak diikat dengan pertunangan sebaliknya terus bernikah pada pagi tadi dan resepsi berlangsung pada sebelah malam.
Upacara akad nikah itu disempurnakan oleh Pegawai Agama Istana Negeri Sabah, Imbran Angun berwalikan hakim.
Dalam majlis itu, Mohamed Mustain menyerahkan lima dulang hantaran, manakala pihak Nonny pula membalas dengan tujuh dulang hantaran.
Majlis itu dihadiri kira-kira 100 tetamu kedua-dua keluarga.
Perkenalan Nonny dan Mustain bermula sejak 2009 dan Nonny telah dilamar di set penggambaran drama Melankolia pada 25 Januari lalu.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Mustain dikurniakan seorang cahaya mata, Mikhael Audi Putra, 12 tahun.
Tahniah diucapkan kepada pasangan Nonny dan Mustain!
Majlis Akad Nikah #NONNYXMUZZY ♥️ THKK Hotel 18.03.201.8 ~ 01122009
Topic Berkaitan
#Akademi Fantasia
#Imbran Angun
#Mikhael Audi Putra
#Mustain Adnan
#Nonny Nadirah
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan