awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nora Ariffin tiba di Mahkamah Syariah - harap proses berjalan lancar, doa yang baik-baik

Gempak
Gempak
21/04/2025
02:25 MYT
Nora Ariffin tiba di Mahkamah Syariah - harap proses berjalan lancar, doa yang baik-baik
Nora hadir ke Mahkamah Syariah Petaling Jaya pagi ini dengan ditemani anak perempuannya, Puteri Dahlia. - Foto Gempak
PENYANYI Datuk Nora Ariffin tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya kira-kira pukul 9.26 pagi bagi memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli.
Lengkap berjubah hitam, Nora atau nama penuhnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, memohon doa yang terbaik bagi proses perceraian tersebut.
“Saya baru nak masuk tidak tahu apa di dalam. Tak ada pengalaman lagi.
“Apa pun terima kasih sudi hadir.
“Saya minta yang baik-baik. Insya-Allah doa yang baik-baik,” ujar Nora kepada Gempak.
Tidak keseorangan, Nora turut ditemani anak perempuannya, Puteri Dahlia.
Untuk info, Nora pernah diceraikan suaminya, Dr Rushdi Ramli menerusi sebuah video pada Ogos lalu.
Selepas sebulan mengumumkan penceraian itu, penyanyi lagu Desa Tercinta ini memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.
Nora sebelum itu pernah berkahwin dengan komposer Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. - Gempak
Topic Berkaitan
#mahkamah syariah
#cerai
#Nora Ariffin
#Rushdi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan