Pelakon popular Nora Danish akan kembali beraksi dalam drama bersiri televisyen selepas Hari Raya Puasa, setelah lama tidak berlakon.
Nora Danish yang baru sahaja melahirkan cahayamata Ney Ney or Mohamed Neqayl Nedim yang berusia dua bulan berkata beliau sudah lama tidak membuat kemunculan dalam kaca televisyen sehingga menimbulkan pertanyaan dalam kalangan peminatnya.
"Ramai juga yang tanya dah tak masuk TV ke? Jadi, ini lah masanya Nora tunjuk yang Nora masih ada dalam industri ini... Nora akan sentiasa aktif dalam dunia lakonan sebab berlakon Nora punya 'passion', belum masanya untuk tinggalkan bidang lakonan," kata selebriti berusia 36 tahun itu semasa perasmian salun kecantikan Karva Salon for Ladies by Nora Danish di sini, pada Khamis.
Katanya filem dan drama bersiri mempunyai dua impak yang berbeza dari segi bilangan penonton di mana drama bersiri dapat dilihat secara meluas oleh semua lapisan masyarakat berbanding filem yang tidak semua akan menonton.
"Dari segi lakonan pula, kita mempunyai watak terlalu 'limited' tetapi kalau TV macam-macam kita boleh asah balik terutamanya dari segi bakat," katanya, sambil menambah bahawa belum ada sebarang tajuk untuk drama bersiri tersebut setakat ini.
Nora juga berkata bahawa dirinya diberkati dengan suami, Nedim Nazri yang amat memahami dan mendorongnya dalam dunia lakonan, perniagaan serta membantunya dalam hal rumahtangga terutamanya dari segi menguruskan Ney Ney.
"Nora ingin menjadi seorang wanita yang berjaya, ibu dan isteri yang baik. Alhamdulillah, Nora ada seorang suami yang memahami dan selalu mendorong Nora untuk berjaya," katanya.
Mengulas lanjut mengenai pusat kecantikan Karva, katanya salun khas untuk wanita di G Village, Ampang itu diusahakan bersama kakaknya Cathy Danish serta pengasas Karva Singapura Rozza Ramli.
"Ia sangat bersesuaian untuk wanita bertudung serta ibu-ibu yang inginkan keselesaan dan perkhidmatan eksklusif serta lokasi untuk mengadakan parti hari lahir, 'bridal shower' atau majlis istimewa yang lain," katanya.
Salun tersebut yang turut dilengkapi beberapa bilik khas untuk pelanggan kenamaan itu menyediakan perkhidmatan kecantikan kuku dan rambut dengan harga bermula RM35 hingga RM875.
"Karva telah diperkenalkan buat pertama kali di Singapura pada tahun 2014 dengan tiga cawangan dan sekarang kami merancang untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia dan Indonesia," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 19 2018
Nora mengakui dirinya diberkati dengan suami, Nedim Nazri yang amat memahami dan mendorongnya dalam dunia lakonan, perniagaan serta membantunya dalam hal rumahtangga. - Gambar fail
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya