Pelakon Nora Danish selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Nedim Nazri, dalam satu majlis di di Seputeh di sini hari ini.
Dengan dua kali lafaz, Mohamed Nedim Nazri atau turut dikenali sebagai Nedim Nazri Aziz sah bergelar suami kepada Nora sekitar jam 8.40 malam ini.
Nora dan Nedim dinikahkan oleh Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Khairul Asyraf Ahmad.
Pada majlis itu, Nedim turut menyerahkan mas kahwin RM300 kepada Nora.
Majlis yang diadakan secara sederhana di Glasshouse at Seputeh itu dihadiri lebih kurang 200 ahli keluarga, saudara-mara dan rakan terdekat.
Antara rakan artis yang hadir termasuk pelakon-pengarah, Erma Fatima, Umie Aida, Betty Rahmad dan Puteri Najuwa.
Nora dan Nedim dilaporkan mula intim sejak 2013 dan kedua-duanya juga tidak pernah berselindung tentang hubungan yang terjalin.
Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli, anak bekas menteri besar Perak, dan dikurniakan seorang anak lelaki, Putera Rayqal, 8.
Nedim, yang merupakan anak Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, juga pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, Nedrin, 6.
Astro Awani
Thu Mar 30 2017
Nora begitu ayu ketika duduk di atas pelamin dalam majlis pernikahan yang diadakan di Glasshouse, Seputeh malam ini. - Sumber foto SD
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.
Polis tahan lelaki bakar mercun di tengah jalan raya
Polis menahan seorang pembantu bengkel yang disyaki membakar mercun di tengah jalan raya, ketika perarakan pengebumian berdekatan sebuah pasar raya di Banting, Selangor, semalam.
Usaha kumpulan minoriti serang dasar kerajaan perlu dibendung - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyifatkan kumpulan minoriti itu umpama 'biawak hidup' kepada sebarang perancangan memajukan negara.
NADMA laksana pembenihan awan di Papar, Lahad Datu dan Tawau
Operasi itu dilaksanakan bagi mendapatkan sumber air mencukupi di kawasan tadahan hujan ekoran cuaca panas.
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Nora Danish, Nedim selamat diijab kabul
Pelakon Nora Danish selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Nedim Nazri, dalam satu majlis di Kuala Lumpur.