awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nubhan fail cerai selepas 10 tahun bersama

Kabeer Aziz
Kabeer Aziz
15/10/2025
03:30 MYT
Nubhan fail cerai selepas 10 tahun bersama
Nubhan dijangka hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang esok untuk prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah. -Gambar fail/Astro Gempak
PENYANYI dan usahawan, Nubhan dijangka hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang esok bagi prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Ringkasan AI
  • Ahmad Nubhan dijangka hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang esok untuk prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr Afifah Hidayah, selepas 10 tahun berkahwin.
  • Pasangan itu dilaporkan tidak tinggal sebumbung sejak Ogos dan tiga anak mereka kini di bawah jagaan Dr Afifah.
  • Lafaz cerai didakwa berlaku dalam kereta pada akhir Ogos dan mahkamah akan menilai sama ada ia lafaz soreh atau kinayah sebelum mengesahkan perceraian.

Memetik laporan Kosmo Online, sumber terdekat memaklumkan bahawa pasangan itu tidak lagi tinggal sebumbung sejak Ogos lalu, dan tiga anak mereka kini berada di bawah jagaan Dr Afifah.
Menurut peguam yang mewakili Dr Afifah, Datuk Akberdin Abdul Kader, anak guamnya akan hadir ke mahkamah seperti dijadualkan bagi sebutan pertama kes berkenaan.
“Saya difahamkan suami kepada anak guam saya melafazkan talak ketika mereka berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos lalu.
"Namun, saya tidak pasti sama ada hakim akan mengesahkan perceraian esok kerana biasanya siasatan perlu dijalankan terlebih dahulu,” katanya.
Beliau menambah, maklumat lanjut mengenai punca perceraian hanya akan diketahui selepas prosiding selesai dijalankan.
Sumber turut memaklumkan bahawa Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 39, telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz talak di mahkamah dan kedua-dua pihak dijangka hadir bersama peguam masing-masing.
Untuk rekod, hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkan lafaz cerai, termasuk yang berlaku di luar mahkamah.
Sekiranya lafaz dibuat secara lisan atau tidak rasmi, mahkamah akan menilai sama ada ia merupakan lafaz soreh (jelas) atau lafaz kinayah (berlapik), serta mempertimbangkan niat dan keadaan ketika lafaz dibuat.
Topic Berkaitan
#permohonan cerai
#mahkamah syariah
#Selebriti Malaysia
#Nubhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan