awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Nyanyian penuh rasa' - Shuib puji persembahan Aina Abdul pada segmen tribute buat Siti Sarah

Gempak
Gempak
01/06/2022
03:20 MYT
'Nyanyian penuh rasa' - Shuib puji persembahan Aina Abdul pada segmen tribute buat Siti Sarah
Persembahan Aina yang membawakan lagu Ke Hujung Dunia bersama Misha Omar menerusi lagu "Bersamamu" itu merupakan segmen tribute kepada arwah Siti Sarah. - Gempak
NYANYIAN penuh rasa!
Itu pujian diberi oleh pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu terhadap nyanyian Aina Abdul pada persembahan Anugerah MeleTOP Era (AME2021), Ahad lalu.
Persembahan Aina yang membawakan lagu Ke Hujung Dunia bersama Misha Omar menerusi lagu "Bersamamu" itu merupakan segmen tribute kepada arwah Siti Sarah.
Tambah membuai perasaan, persembahan itu turut disaksikan di hadapan Shuib sendiri yang turut hadir sebagai penyampai anugerah pada malam berkenaan.
Malah, wajah Shuib yang beberapa kali kelihatan di hadapan kamera turut menimbulkan rasa hiba penonton.
Meninjau ruangan komen perkongsian Aina di Instagram, suami Allahyarham Siti Sarah itu mengucapkan terima kasih kerana berjaya menyampaikan lagu itu dengan penuh penghayatan.
“Terima kasih untuk satu nyanyian yang penuh dengan ‘rasa’,” coretnya.
Sekadar info, secara keseluruhan, Shiha membawa pulang lima anugerah dan Khai tiga anugerah.
Terdahulu, pihak Astro mengumumkan AME2021 ditunda ekoran pandemik COVID-19 dan diadakan semula Ahad lalu secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
*Artikel asal di Gempak
Topic Berkaitan
#Shuib
#Aina Abdul
#Anugerah Meletop Era
#AME2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan