Pada usia 59 tahun, Ramli Ibrahim, masih mampu mempersonakan audiennya dengan kerlingan dan pergerakan mata yang menggamit perhatian, gerak-geri tangkas badan dan kaki semasa mempersembahkan tarian paling silam di India, Odissi.
Mereka, yang pernah menyaksikan persembahan Sutra Dance Theatre, pasti akan mengagumi setiap persembahan beliau yang sungguh menakjubkan itu, baik sebagai seorang penari mahupun pengarah artistik.
Walaupun usianya yang semakin lanjut selain menghadapi pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi sebagai penari budaya berlainan, Ramli masih mampu berjaya menempuh kejayaan dengan Odissi.
Semua itu terbukti dengan Anugerah Akademi Sangeet Natak 2011 yang diterimanya baru-baru ini, pengiktirafan tertinggi yang disampaikan kepada seorang artis oleh Akademi Kebangsaan Muzik, Tarian dan Drama India.
Lebih bermakna apabila anugerah itu disampaikan sendiri oleh Presiden India Pranab Mukerjee, sebagai penghargaan di atas sumbangan tiga dekad Ramli terhadap Odissi. Ia adalah satu pencapaian yang membanggakan bagi seorang rakyat Malaysia di sebuah negara yang mempunyai ramai rakyat yang begitu berbakat seni.
"Anugerah Akademi Sangeet Natak ini adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi saya," kata Ramli dengan penuh bangga.
Mengapa pula Odissi begitu istimewa kepada Ramli?
Jawapan beliau mudah; "Ia semata-mata sifat lirik Odissi. Lagipun gaya anggun Odissi serasi dengan keMelayuan saya."
Lulusan kejuruteraan dari University of Western Australia ini memperlihatkan minat dan bakat beliau terhadap tarian klasik sejak usia muda lagi.
"Saya serius dengan tarian, saya meminati kesusasteraan dan saya banyak membaca," kata Ramli dan menambah kata beliau membuat keputusan dengan penuh rela hati untuk menjadi penari profesional.
Bagaimanapun, pencapaian Ramli sebagai seorang penari tarian ballet, moden dan klasik India serta pereka tari yang berbakat bukan suatu perjalanan yang mudah.
Pertama, tarian klasik India lazimnya didominasi kaum hawa dan yang keduanya sebagai lelaki Melayu-Islam ia lebih sukar untuk mengamalkan tarian budaya asing kerana minda konservatif masyarakatnya.
"Ketiganya ia pasti bukan mudah untuk meneruskan dengan apa-apa bentuk seni tampak secara profesional dan menguruskan keluarga dengan serentak. Kaum lelaki lazimnya memilih tarian sebagai pilihan terakhir. Saya masih berada dalam bidang ini kerana minat yang mendalam di samping percaya anda wujudkan dunia dan persekitaran anda sendiri," katanya.
Malahan semasa Ramli mula berjinak dalam bidang ini beliau tidak menerima sebarang sokongan daripada keluarga namun mereka tidak pula menghalang beliau daripada mengejar impian.
Namun, ketabahan dan keazaman menjadikan beliau seorang ikon budaya. Beliau bukan sahaja menari sehingga mencapai kemasyhuran malah menyampaikan persembahan-persembahan yang mempersona selain mengasah bakat-bakat terbaik dalam bidang ini.
Sewaktu beliau menampilkan Odissi, sebuah tarian yang berasal dari negeri di timur India iaitu Orrissa, ia adalah satu bentuk tarian yang tidak begitu dikenali walaupun dalam kalangan masyarakat India di Malaysia.
Ramli memainkan peranan instrumental dalam bukan sahaja memperkenalkan semula tarian itu tetapi juga membawa Odissi ke mercu tanda baru.
Beliau juga pernah menganjurkan Festival Odissi Antarabangsa di Kuala Lumpur pada 2008; membawa Sutra ke Carnegie Hall, New York pada tahun yang sama; dan ke Festival Tarian Antarabangsa di New Delhi pada 2010.
Ditanya rahsia di sebalik takbir persembahan hebat Sutra Theater, Ramli berkata; "Banyak tumpuan dan profesionalisme terbabit dalam setiap aspek persembahan.
"Contohnya, kami mengambil akan kombinasi warna. Sementara kontras warna adalah penting, ia seharusnya membawa perbezaan yang tepat," katanya merujuk kepada masa dan tenaga yang dihabiskan dalam persiapan bagi setiap persembahannya.
Jadi apa yang menunggu Ramli dan Sutra Dance Theater beliau selepas ini? "Masa depan Sutra banyak bergantung kepada sokongan kerajaan," katanya.
"Malaysia mempunyai banyak bakat tetapi ia juga banyak bergantung kepada bagaimana ia diurus dan diguna. Kita kini di peringkat tepu. Tiada peruntukan untuk menarik penyertaan mereka yang kebolehan.
"Saya pun bukan muda lagi. Saya rasa untuk Sutra muncul sebagai syarikat profesional memerlukan bakat-bakat sepenuh masa diasah. Kebanyakan penari kita bukan penggiat sepenuh masa. Jadi usaha mereka tidak tertumpu sepenuhnya kepada bakat," keluh Ramli.
Beliau juga mahu agihan lebih meluas pembiayaan bagi pertubuhan-pertubuhan seni tampak di Malaysia, dengan berkata buat masa kini pertubuhan-pertubuhan awam menerima sebahagian besar daripada pembiayaan.
"Pertubuhan-pertubuhan bebas seperti Sutra, terpaksa mencari pembiayaan sendiri dan ini menyebabkan bilangan bakat adalah terhad."
Beliau juga menyeru kepada keluarga-keluarga di Malaysia supaya menggalakkan anak mereka memilih tarian sebagai profesion.
"Saya agak tegas dengan penari pelatih yang berumur 12-13 tahun, di mana mereka lebih bijak dan kita perlu mengasah bakat mereka," katanya.
"Ada penari pelatih yang takut dengan saya," katanya berseloroh.
Ditanya bagaimana beliau mahu dikenangi, Ramli berkata: "Ia tidak penting bagaimana saya akan dikenangi. Yang penting saya meneruskan dengan apa sahaja yang saya mahu dalam hidup.
Bernama
Thu Nov 01 2012
Ribuan warga Paris berhimpun, bantah kekejaman Zionis
Di Paris, ribuan penunjuk perasaan berkumpul pada petang Isnin untuk membantah serangan terkutuk tentera Israel di Gaza.
Protes tersebut memaksa pihak polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan.
Protes tersebut memaksa pihak polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan.
Ratusan warga New York berhimpun, protes tindakan Israel
Ratusan penunjuk perasaan pro-Palestin pada Isnin berarak dalam keadaan hujan di New York City, menyuarakan kemarahan selepas serangan udara Israel mencetuskan kebakaran yang mengorbankan 45 orang di kem khemah di bandar Rafah di Gaza.
Selepas berarak di sepanjang bandar, kesemua mereka berkumpul di bawah payung mereka di Taman Zuccotti dan melaungkan, "Penentangan adalah wajar apabila rakyat dijajah."
Selepas berarak di sepanjang bandar, kesemua mereka berkumpul di bawah payung mereka di Taman Zuccotti dan melaungkan, "Penentangan adalah wajar apabila rakyat dijajah."
Rakyat Tunisia berhimpun, bantah kekejaman rejim Israel
Ratusan rakyat Tunisia di Tunis pada Isnin mengutuk serangan Israel ke atas Rafah yang telah membunuh 45 rakyat Palestin dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.
Israel tidak tahu malu
Serangan rejim Zionis ke atas Rafah pada Ahad lalu jelas menunjukkan kerajaan pimpinan Benjamin Netanyahu ingkar keputusan Mahkamah Dunia.
Menurut pemimpin kanan Hamas, Osama Hamdan, dakwaan yang dibuat rejim terkutuk itu mengenai lelaki bersenjata yang kononnya berada di lokasi serangan di Rafah adalah 'tidak tahu malu'.
Menurut pemimpin kanan Hamas, Osama Hamdan, dakwaan yang dibuat rejim terkutuk itu mengenai lelaki bersenjata yang kononnya berada di lokasi serangan di Rafah adalah 'tidak tahu malu'.
Setiausaha Agung PBB kecam serangan Israel di Rafah
Guterres berkata, tiada tempat yang selamat di Gaza dan insiden ngeri ini mesti dihentikan segera.
EU kecam Israel langgar keputusan ICJ
Ketua dasar luar blok Kesatuan Eropah (EU), Joseph Borrell Borrell mengecam keras Israel yang bertindak meneruskan serangan ketenteraan di selatan Gaza walaupun keputusan mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah pun dikeluarkan.
Setiausaha Agung PBB kecam serangan Israel di Rafah
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk pengeboman Israel ke atas kem pemindahan Rafah.
[TERKINI] Serangan ke atas Rafah satu kesilapan tak diduga - Netanyahu
Tersilap.... Itu yang diakui Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu selepas rejim Zionis melakukan serangan udara di Rafah, selatan Gaza yang mengorbankan puluhan nyawa rakyat Palestin.
'Serangan ke atas Rafah satu kesilapan tragis' - Netanyahu
Netanyahu berkata serangan itu tidak bertujuan untuk menyebabkan kematian terhadap orang awam dan perkara itu akan disiasat.
NATO tetap komited elak pertembungan langsung dengan Rusia berhubung Ukraine
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) tetap komited untuk mengelakkan pertembungan langsung dengan Rusia berhubung Ukraine dan ini kekal sebagai matlamat utama.
'Bollywood bukan pentas saya', kata Ramli Ibrahim
"Saya suka bekerja di panggung tarian. Filem adalah sebuah dunia lain dan mempunyai agenda yang berbeza juga," katanya kepada Bernama.
Odissi Ramli Ibrahim yang sukar dilupakan
Mereka yang pernah menyaksikan persembahan Sutra Dance Theatre, pasti akan mengagumi setiap persembahan Ramli Ibrahim baik sebagai seorang penari mahupun pengarah artistik