awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua perolehan tentera yang dibeku wajib melalui rangka kerja DIPN - PM Anwar
AstroBIZ: Sorakan bola sepak meriah di “Watch Party” Rockafellers
Banjir Sumatera: Indonesia batal lesen 28 syarikat perhutanan, perlombongan, perladangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

One Cent Thief antara yang tercalon dalam ContentAsia Award, semak senarai penuh!

Gempak
Gempak
26/07/2023
11:48 MYT
One Cent Thief antara yang tercalon dalam ContentAsia Award, semak senarai penuh!
One Cent Thief tercalon di dalam kategori Best Asian Drama For A Single Market In Asia. - Gempak
KARYA anak Malaysia semakin hebat apabila drama Siri Astro Originals terbitan Astro Shaw, One Cent Thief tercalon dalam ContentAsia Award ke-4.
Anugerah tersebut mengetengahkan kandungan dan pencapaian bakat dari pelbagai platform di seluruh rantau Asia.
Lebih membanggakan lagi, kandungan dan bakat-bakat dari Astro telah tercalon untuk 11 anugerah bagi lapan kategori.
Anugerah itu termasuklah One Cent Thief bagi pencalonan untuk Drama Siri Terbaik manakala satu lagi siri Astro Original iaitu Liar tercalon untuk kategori Adaptasi Format TV (Skrip) Terbaik di Asia.
Sebanyak 123 pencalonan bagi 24 kategori yang dipertandingkan meliputi negara-negara seperti Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.
Sebanyak 500 penyertaan dari seluruh rantau telah diterima tahun ini dan lebih 80 ahli juri dari seluruh Asia, UK dan A.S membuat pilihan utama mereka.
Pemenang anugerah ini akan diumumkan pada 24 Ogos 2023 pada malam gala Anugerah ContentAsia 2023, bertempat di The Athenee Hotel Bangkok, Thailand.
Acara ini juga akan disiarkan secara langsung di laman Facebook ContentAsia.
Berikut merupakan pencalonan Astro:
Best Kids TV Programme in Asia
1. Legenda Puteri Qaseh
2. Senduk Swap
Best Asian Talk Show
1. Next To Neelofa S2
Best Asian Comedy Show
1. Debunk
2. Palatao Perdana Deepavali Galatta
Best Asian Feature Film / Telemovie
1. Lebai Sampan
2. Sekolah Sampah
Best Asian Drama For A Single Market In Asia
1. One Cent Thief
2. The Patient
Best TV Format Adaptation (Scripted) in Asia
1.Liar
Best Supporting Actor
1. Naim Daniel (Projek High Council)
Best Male Lead
1. Shukri Yahaya (Andai Itu Takdirnya)
*Artikel disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#One Cent Thief
#ContentAsia Award
#Astro Originals
#Projek High Council
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan