HOS Anugerah Akademi Ke-95, Jimmy Kimmel memulakan acara berprestij itu tahun ini dengan memperkenalkan beberapa ahli tidak rasmi "pasukan krisis" bagi mengelakkan sebarang tindakan yang tidak dijangka.

Kimmel merujuk kepada insiden Will Smith yang menampar Chris Rock semasa monolog pembukaannya dalam Anugerah Akademi tahun lalu.

Dalam nada bergurau, Kimmel berkata jika penonton 'melakukan keganasan', mereka akan dianugerahkan Oscar untuk pelakon terbaik dan dibenar memberikan ucapan selama 19 minit.

Smith memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik untuk peranannya dalam "King Richard" tahun lepas, sejurus selepas dia menampar Rock kerana membuat jenaka tentang isterinya Jada Pinkett Smith.

"Jika berlaku insiden yang tidak dijangka, lakukan sahaja apa yang anda lakukan tahun lepas... tidak berbuat apa-apa," kata Kimmel.

Dia kemudian menamakan beberapa selebriti 'pasukan krisis', antaranya Michael B Jordan dan Michelle Yeoh.

Turut dinamakan dalam pasukan itu ialah Pedro Pascal, Andrew Garfield, dan Steven Spielberg.

"Tidak akan ada perkara karut malam ini. Tiada peluang untuk buat perkara pelik di sini," kata Kimmel.