awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Oscar: Sekali lagi Akademi tolak kemunculan Presiden Ukraine

Astro Awani
Astro Awani
11/03/2023
02:50 MYT
Oscar: Sekali lagi Akademi tolak kemunculan Presiden Ukraine
Sebelum ini Zelenskyy pernah membuat penampilan secara maya di Festival Filem Cannes dan Venice tahun lepas dan juga pada anugerah Grammy. - Foto AP
BUAT kali kedua, Akademi Seni dan Sains Filem (Akademi) tidak membenarkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy membuat kemunculan pada majlis Anugerah Akademi yang akan diadakan pada 12 Mac ini di Los Angeles.
Zelenskyy, yang merupakan seorang pelawak sebelum bergelar ahli politik, telah membuat penampilan secara maya di Festival Filem Cannes dan Venice tahun lepas dan juga pada anugerah Grammy.
Malah beliau juga diberi tepukan gemuruh semasa muncul secara maya dalam acara gala pembukaan Festival Filem Berlin baru-baru ini.
"Filem mampu mengatasi sempadan, sama ada secara realiti atau ideologi. Hari ini, Rusia mahu membina tembok, antara tamadun dan kezaliman," katanya dalam ucapannya.
Terdahulu, ejen WME, Mike Simpson meminta Akademi membenarkan Zelenskyy muncul secara maya namun ia ditolak. Pihak Akademi juga enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
Ia mengulangi skrip yang sama tahun lalu di mana permohonan Zelenskyy untuk muncul turut ditolak.
Majlis Anugerah Akademi ke-95 akan berlangsung Ahad ini dan akan dihoskan oleh Jimmy Kimmel.
Topic Berkaitan
#Anugerah Akademi
#Oscar
#Volodymyr Zelenskyy
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan