awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib fail notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman 1MDB
[TERKINI] Azmin umum letak jawatan Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Tiba masa nilai semula hubungan dengan Bersatu - Pemuda Pas Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#PE3: Sharnaaz syukur tetap dipilih Joel Sol walau didakwa baran, suka mengamuk

Media Hiburan
Media Hiburan
12/06/2023
04:00 MYT
#PE3: Sharnaaz syukur tetap dipilih Joel Sol walau didakwa baran, suka mengamuk
Menurut Sharnaaz, Joel amat menghargai kualiti lakonannya meskipun sebelum ini namanya sering kali dilabel antara pelakon yang sukar memberikan kerjasama terhadap tenaga produksi. -Media Hiburan
AKTOR terkenal, Sharnaaz Ahmad menghargai kepercayaan yang diberikan oleh produser Joel Soh kerana memilihnya untuk membintangi filem yang kini sedang mencetuskan fenomena, Polis Evo 3.
Menurut Sharnaaz, Joel amat menghargai kualiti lakonannya meskipun sebelum ini namanya sering kali dilabel antara pelakon yang sukar memberikan kerjasama terhadap tenaga produksi.
View this post on Instagram
A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad)
“Kepada Tuan Joel Sol, satu Malaysia hentam aku, cakap yang aku panas baran, sangat susah kerja dengan aku, sebab aku panas dan suka mengamuk di set kalau ada yang tak kena,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh bapa kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Lantaran itu, Sharnaaz turut berharap agar filem ini dapat terus mengejar sukses sepanjang tempoh tayangannya.
“Tetapi, dia tetap dengan pendirian dia nak aku juga dalam Polis Evo 3.
"Terima kasih yang teramat istimewa buat Joel. Love you big time, brother.
"Road to RM50 juta,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyangkal dakwaan tersebut selain turut menyifatkan Sharnaaz sebagai antara pelakon tempatan yang berbakat besar.
“Love you, mamu. Panas ke tidak, kita bukan Tuhan nak menilai awak. Kita semua manusia. Awak ada pelakon kesukaan saya. Semoga terus sukses.
“Dah tengok Reza tadi. Love Reza. Terbaik G.
“Steady Mamu. Depan-depan memang sporting habis.
“Tiga tempat hari ini pergi ikut geng Polis Evo. Mana ada geng Polis Evo, di situ ada saya.
"Tak dapat selfie, tapi alhamdulilah dapat tengok Mamu depan-depan. Thanks. Mamu sempoi,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini, filem Polis Evo 3 telah berjaya mencapai jumlah kutipan sebanyak RM45 juta.
Selain Sharnaaz, filem ini turut dibintangi barisan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam dan Nora Danish. -Media Hiburan
Topic Berkaitan
#Sharnaaz Ahmad
#Polis Evo 3
#Joel Soh
#sukar memberikan kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan