awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon filem KGF Yash bakal bertemu peminat Malaysia 8 Julai ini

Bernama
Bernama
03/07/2023
04:41 MYT
Pelakon filem KGF Yash bakal bertemu peminat Malaysia 8 Julai ini
Pelakon terkenal India, Yash yang menempa nama dalam filem blockbuster KGF bakal bertermu peminatnya di Malaysia dalam satu majlis yang akan diadakan di ibu negara pada 8 Julai ini.
KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal India, Yash yang menempa nama dalam filem blockbuster KGF bakal bertermu peminatnya di Malaysia dalam satu majlis yang akan diadakan di ibu negara pada 8 Julai ini.
Beliau diundang sebagai tetamu khas pada majlis pelancaran MS GOLD, butik emas kedua milik syarikat Malik Streams Corporation Sdn Bhd di Jalan Masjid India, di sini.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Datuk Abdul Malik Dasthigeer berkata, kehadiran pelakon Yash atau nama sebenar Naveen Kumar Gowda sudah pasti akan memberikan kesan positif terhadap pembukaaan kedai baharunya yang mempamerkan koleksi emas eksklusif dan elegan.
"MS GOLD membuka tirai di Jalan Masjid India dengan pembukaan kedai pertama pada 1 April 2023 dan kami membuat keputusan membuka kedai kedua di lokasi sama hasil sambutan menggalakkan para pembeli," katanya dalam kenyataan.
Yash yang mempunyai 14 juta pengikut di lnstagram, 1.3 juta di twitter dan 8.5 juta di Facebook, memulakan karier sebagai pelakon India sekitar 2004 dan menempa nama besar melalui filem KGF Chapter 1 sekitar tahun 2018.
Dalam pada itu, Abdul Malik berkata, MS GOLD menawarkan diskaun eksklusif bagi setiap pembelian di cawangan kedua kedai berkenaan.
"Setiap pembelian emas yang bernilai RM5,000 ke atas akan diberikan percuma gelang kaki perak, manakala bagi setiap pembelian berlian yang bernilai RM5,000 ke atas akan diberikan percuma 1 gram syiling emas," katanya.
MS GOLD turut menawarkan diskaun sebanyak 70 peratus bagi upah untuk setiap pembelian dan menambah tawaran berkenaan akan bermula pada 8 Julai. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelakon Yash
#Naveen Kumar Gowda
#pelakon filem KGF
#Malik Streams Corporation
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan