awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Naim Moktar, Mohd Iskandar ikrar beri khidmat terbaik kepada rakyat
Kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag cerminkan keyakinan rakyat - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Gary Iskak meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2025
05:15 MYT
Pelakon Gary Iskak meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya
Gary Iskak merupakan antara nama besar dalam industri perfileman Indonesia, terkenal menerusi lakonannya dalam filem Ada Apa Dengan Cinta?, Ungu Violet, Merah Itu Cinta dan Pocong 3.
DUNIA hiburan Indonesia dikejutkan dengan berita pemergian pelakon terkenal Gary Iskak yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, pagi Sabtu.
Gary, 52, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Suyoto selepas terlibat dalam insiden berkenaan.
Berita duka itu disahkan oleh ahli keluarganya menerusi kenyataan yang dikongsi di media sosial.
"Innalillahi wa innailaihi roji'un. Telah berpulang ke Rahmatullah Mohamad Gary Iskak bin Irwan Santoso Iskak. Mohon dimaafkan segala kesalahan dan kekhilafan almarhum," menurut kenyataan keluarga seperti dilaporkan KOMPAS.com.
Rakan artis yang juga anggota kumpulan Teamlo, Ade Jigo, turut memaklumkan mengenai kematian Gary di laman sosial.
Menurutnya, insiden itu dipercayai melibatkan kemalangan motosikal berkuasa tinggi, namun tiada butiran lanjut didedahkan setakat ini.
Gary Iskak merupakan antara nama besar dalam industri perfileman Indonesia, terkenal menerusi lakonannya dalam filem Ada Apa Dengan Cinta?, Ungu Violet, Merah Itu Cinta dan Pocong 3.
Berita pemergian pelakon berpengalaman ini meninggalkan kesan mendalam kepada peminat dan rakan industri yang mengenang bakat serta sumbangannya dalam dunia seni.
Topic Berkaitan
#Gary Iskak
#kemalangan jalan raya
#artis meninggal dunia
#pelakon Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami