awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Kamal Bakar meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2024
22:40 MYT
Pelakon Kamal Bakar meninggal dunia
Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka pada jam 1 pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka pada jam 1 pagi tadi.
Pemergian pelakon berusia 62 tahun itu dikongsi anak Allahyarham, Hanis Kamal di akaun Facebooknya.
“Mohon jasa baik semua untuk sedekahkan surah Al-Fatihah buat ayah saya,” kata Hanis dalam hantaran itu.
Menurut Hanis, jenazah bapanya akan dibawa pulang ke rumah sebelum dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru.
Beberapa hari lalu, media melaporkan Allahyarham Kamal atau nama sebenarnya, Kamaruldzaman Bakar berada dalam keadaan nazak selepas dua minggu dirawat di ICU, Hospital Melaka akibat kanser paru-paru tahap empat.
Aktor itu sekali lagi dijangkiti kuman pada paru-paru dan dimaklumkan oleh doktor supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Pada 3 Jun lalu, Kamal dikejarkan ke Hospital Melaka selepas keluarga bimbang dengan perubahan sikap termasuk keadaan kesihatan yang semakin merosot ditunjukkan pelakon berkenaan.
Selepas ke ICU Hospital Melaka dan mendapatkan rawatan, Kamal disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.
Kamal meninggalkan seorang balu, Sarina Shariff, 56, yang dikahwini pada 1988 termasuk lima cahaya mata.
Allahyarham memulakan kerjaya lakonan sejak era 1970-an dengan membintangi banyak drama dan filem seperti Andai Itu Takdirnya, Orang Minyak, Suami Aku Ustaz, Pendekar dan Ratu Ten Pin.
Topic Berkaitan
#Kamal Bakar
#Kamal Bakar meninggal dunia
#kanser paru-paru
#ICU Hospital Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan