LONDON: Pelakon pemenang Oscar Kevin Spacey hadir di mahkamah hari ini untuk perbicaraan kes salah laku seksual terhadap empat lelaki, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Bintang Hollywood berusia 63 tahun ini sebelum ini menafikan 12 pertuduhan, termasuk serangan seksual dan berkelakuan tidak senonoh.
Pelakon itu mengaku tidak bersalah pada Januari atas tiga pertuduhan serangan tidak senonoh, tiga pertuduhan serangan seksual dan satu pertuduhan menyebabkan seseorang melakukan aktiviti seksual tanpa kebenaran.
Pemenang Anugerah Akademi dua kali itu juga sebelum ini menafikan empat lagi pertuduhan.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Westminster pada bulan Jun, peguam Spacey, Patrick Gibbs QC, berkata anak guamnya "bersungguh-sungguh menafikan semua jenayah dalam kes ini dan kembali ke UK untuk membuktikan dia tidak bersalah dan mahu meneruskan kehidupannya.
Spacey terkenal kerana membintangi House of Cards, American Beauty dan The Usual Suspects dan merupakan pengarah artistik di teater The Old Vic di London antara 2004 dan 2015.
Spacey diikat jamin tanpa syarat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023
Spacey (tengah) sebelum ini menafikan 12 pertuduhan, termasuk serangan seksual dan berkelakuan tidak senonoh. - Foto AP
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Kevin Spacey bebas tuduhan serangan seksual
Para juri di Mahkamah Southwark Crown mendapati Spacey tidak bersalah atas sembilan pertuduhan serangan seksual terhadap empat lelaki.
Pelakon Kevin Spacey tiba di mahkamah London bagi perbicaraan kesalahan seksual
Pelakon pemenang Oscar Kevin Spacey hadir di mahkamah hari ini untuk perbicaraan kes salah laku seksual terhadap empat lelaki.
Kevin Spacey diarah bayar AS$31 juta kepada pengeluar 'House of Cards'
Hakim mahkamah memaklumkan Spacey dan barisan peguamnya gagal membuktikan pemecatannya tidak menyebabkan kerugian.
Kevin Spacey didakwa tuduhan serangan seksual
Kevin Spacey dibebaskan dengan jaminan tanpa syarat selepas hadir di mahkamah di London.
Gangguan seksual: Kevin Spacey didakwa lagi, kongsi video 'pelik' di YouTube
Pelakon Kevin Spacey akan didakwa dengan pertuduhan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan gangguan seksual.
Bagai jatuh ditimpa tangga, Giliran Yayasan Kevin Spacey UK pula ditutup
Bermula dengan pengguguran daripada House of Card ketika populariti drama bersiri itu semakin meningkat, kini yayasan yang ditubuhnya di United Kingdom (UK) pula terpaksa gulung tikar.
Izara Aishah, Meghan Markle carian tertinggi Google
Google Trends pada Rabu menyenaraikan kata kunci carian terbanyak dilakukan oleh masyarakat seluruh dunia mengenai carian nama pelakon dalam enjin carian Google.
Izara Aishah, Meghan Markle antara carian nama tertinggi dalam Google
Google Trends hari ini menyenaraikan beberapa kata kunci carian terbanyak dilakukan oleh masyarakat seluruh dunia mengenai carian nama pelakon dalam enjin carian Google.
Dakwaan seksual Kevin Spacey: Apa yang kita tahu setakat ini
Pelakon Kevin Spacey kini dikecam selepas pelakon Hollywood, Anthony Rapp mendakwa dicabul Spacey ketika berusia 14 tahun.
Didakwa 'pancing seks' remaja lelaki: Pelakon Kevin Spacey mohon maaf
Pemenang anugerah Oscar, Kevin Spacey memohon maaf kepada pelakon Anthony Rapp yang mendakwa Spacey pernah mencuba untuk memancing seks daripadanya pada satu insiden pada tahun 1986.