HIBURAN
Pelakon Korea pukul isteri kerana dihalang keluar rumah selepas bertengkar

Lee Ji Hoon telah mengasari isterinya di kediaman mereka di Bucheon, Korea Selatan. - Gambar/ Gempak
BINTANG A Killer Paradox disahkan telah melakukan keganasan dalam rumah tangga apabila dilaporkan telah memukul isterinya pada bulan lalu.
Ringkasan AI
- Pelakon Lee Ji Hoon disahkan terlibat dalam insiden keganasan rumah tangga selepas bertengkar dengan isterinya di kediaman mereka di Bucheon pada 24 Julai lalu.
- Isterinya menelefon polis namun tidak membuat laporan jenayah, dan kes disahkan telah ditutup tanpa tindakan lanjut selepas keadaan berjaya ditenangkan.
- Agensi Y.ONE Entertainment mengesahkan insiden tersebut dan menyatakan pasangan itu mengambil pengajaran daripada kejadian berkenaan.
Hal itu yang membuat Ji Hoon kemudian memukul wanita tersebut, lapor Soompi.
Wanita itu bagaimanapun tidak melaporkan insiden tersebut sebagai satu jenayah namun mengaku berlaku kekasaran dalam rumah tangga selepas mereka bertengkar.
“Hello, ini Y.ONE Entertainment. Betul aktor yang dilaporkan terlibat dengan kes keganasan rumah tangga baru-baru ini adalah pelakon Lee Ji Hoon.
“Insiden berlaku semasa mereka bertengkar. Isterinya menelefon polis dan pihak berkuasa berjaya menenangkan keadaan.
“Tidak ada kejadian serius yang berlaku. Isterinya juga tidak mahu membuat dakwaan dan kes itu telah ditutup.
“Terima kasih kerana prihatin. Lee Ji Hoon dan isteri mengambil pengajaran daripada kejadian itu,” tulis kenyataan yang dikeluarkan agensi.
Aktor berusia 46 tahun itu berkahwin pada 2021 dan kini memiliki seorang anak. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami