Pelakon Shamiha Ahmad Baderi atau Mia Ahmad, 29, selamat diijabkabulkan dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Mohd Izham Tarmizi Roslan, 26, pada 11 pagi tadi.
Mia Ahmad yang popular menerusi drama bersiri 'Hati Perempuan' dinikahkan oleh Naib Kadi Masjid Nurul Islam, Aulong, Ustaz Abdul Rashid Azidin di Taiping Sentosa Villa, di sini.
Dengan sekali lafaz, Mohd Izham Tarmizi yang segak berbaju Melayu berwarna krim sah menjadi suami kepada Mia di hadapan kira-kira 200 tetamu yang hadir.
Mia menerima mas kahwin RM2,000 selain menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin lelaki, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Ketika ditemui pemberita, pelakon yang tertarik dengan sikap jujur suaminya itu berkata sebelum majlis akad nikah bermula, beliau agak gementar namun bersyukur setelah upacara itu selesai dan berjalan lancar.
Tambahnya, beliau telah mendapat keizinan daripada suaminya untuk meneruskan dunia lakonan namun akan memperlahankan sedikit bagi menguruskan rumah tangga yang baru dibina.
Sementara itu, Mohd Izham Tarmizi berkata beliau mula mengenali Mia apabila bertemu dengannya di Johor Bahru tahun lalu dan cukup selesa serta senang berkawan dengannya.
"Sebelum ini saya selalu menonton lakonan Mia di televisyen dan meminatinya. Mengenai anak, kami tidak merancang namun tidak menolak rezeki jika itu kehendak Allah," katanya.
Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata majlis resepsi di Johor belum ditetapkan kerana beliau kini sibuk menjalani latihan dengan pasukan JDT dalam menghadapi perlawanan Liga Malaysia.
"Sasaran JDT adalah untuk menang Piala Liga Super, Sumbangsih dan Piala Malaysia. Saya akan berikan komitmen yang terbaik untuk JDT," katanya.
Majlis resepsi Mia dan Mohd Izham Tarmizi akan diadakan di Taiping Golf & Country Resort malam esok.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2017
Mia Ahmad yang popular menerusi drama bersiri 'Hati Perempuan' dinikahkan oleh Naib Kadi Masjid Nurul Islam, Aulong, Ustaz Abdul Rashid Azidin di Taiping Sentosa Villa. - Foto Instagram Mia Ahmad
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Sama cantik, sama padan, Neelofa sah bergelar isteri PU Riz
Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sah bergelar isteri kepada pilihan hatinya PU Riz dengan sekali lafaz tepat jam 11.43 pagi di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada Sabtu.
Rara mengaku sedang mengenali hati budi seorang jejaka
ADUN Ketari, Young Syefura Othman mengakui beliau kini sedang dalam fasa perkenalan dengan seorang jejaka namun menafikan akan mengadakan majlis ijab kabul dalam masa terdekat.
Engku Emran dan Bella selamat diijab kabul
Engku Emran menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang kepada Bella.
Sekali lafaz, Hazama sah bergelar suami Genervie Kam
Hazama sah bergelar suami kepada Genervie Kam dengan sekali lafaz pada jam 10.30 pagi tadi.
Pelakon Mia Ahmad selamat diijab kabul dengan penjaga gol JDT
Pelakon Shamiha Ahmad Baderi atau Mia Ahmad, 29, selamat diijabkabulkan dengan penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Mohd Izham Tarmizi Roslan, 26, pada 11 pagi tadi.
42 pasangan ceria dapat kahwin percuma di Parlimen Lenggong
Meraikan sepasang pengantin baharu sudah cukup menceriakan suasana, apatah lagi dengan majlis perkahwinan yang melibatkan 42 pasangan dalam satu masa.