Pelakon lelaki terkenal, Shahrizal Jaszle bin Jasmi atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi Khamis.

Penangkapan dibuat berdasarkan aduan awam ke bahagian penguatkuasaan Jais.

Shah Jaszle pernah popular dengan beberapa buah drama hits seperti “Asmara” dan “Cinta Qaseh” selain melakonkan watak hero dalam filem “Remake Azura 2012” arahan Aziz M Osman.

Penahanan Shah Jaszle adalah berdasarkan kepada Seksyen 29 (1)(a)dan (b), Enakmen Jenayah Syariah negeri Selangor 1995.