awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon sitcom Kopitiam Mano Maniam meninggal dunia

Bernama
Bernama
31/05/2025
08:16 MYT
Pelakon sitcom Kopitiam Mano Maniam meninggal dunia
Mano meninggal dunia akibat faktor usia, dan majlis pengebumian dijangka berlangsung pada Isnin di Bliss Gardens, Shah Alam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Mano Maniam yang popular dengan watak "Uncle Chan" dalam sitcom Kopitiam meninggal dunia pada usia 79 tahun, malam tadi.

Ringkasan AI
  • Pemergian Secara Semula Jadi: Mano Maniam meninggal dunia akibat faktor usia, dan majlis pengebumian dijangka berlangsung pada Isnin di Bliss Gardens, Shah Alam.
  • Sumbangan Besar dalam Dunia Seni: Beliau merupakan pelakon, pengarah, penulis, dan tenaga pengajar sejak 1965, serta pernah membintangi filem Hollywood Anna and the King dan siri Netflix Marco Polo.
  • Pengiktirafan terhadap Legasi Seni: Mano sepatutnya menerima anugerah khas di HGH Convention Hall, Sentul, sebagai penghormatan terhadap sumbangannya kepada masyarakat India dan seni persembahan tanah air.

Perkara tersebut disahkan oleh adik lelakinya Madi Maniam ketika dihubungi Bernama hari ini.
"Pemergiannya disebabkan faktor usia dan berlaku secara semula jadi. Namun, butiran lanjut masih belum dimuktamadkan bersama pihak keluarga. Majlis pengebumian dijangka akan diadakan pada hari Isnin ini di Bliss Gardens, Shah Alam," katanya.
Dilahirkan pada 15 Nov 1945, Mano merupakan pelakon, pengarah, penulis, tenaga pengajar lakonan dan penggiat suara sejak 1965.
Mendiang Mano juga pernah membintangi filem pecah panggung Hollywood Anna and the King, serta siri Netflix Marco Polo, selain muncul dalam beberapa drama tempatan berbahasa Inggeris dan Tamil yang ditayangkan di televisyen.
Meskipun usia mencecah 70-an, Mano kekal aktif dalam dunia seni menjalankan kerja alih suara dan mengajar lakonan kepada warga emas di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPAC).
Suara mendiang juga pernah dipinjamkan untuk watak Tok Din dalam animasi Kampung Boy bagi alih suara Bahasa Inggeris, serta pernah membintangi filem Hikayat Merong Mahawangsa.
Madi turut berkongsi bahawa Mano sepatutnya menerima satu anugerah malam ini di HGH Convention Hall, Sentul sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya kepada masyarakat India dan perkembangan seni persembahan tanah air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelakon sitkom
#kopitiam
#Mano Maniam
#meninggal dunia
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami