TOKYO:Ribuan peminat setia Yuko Takeuchi berduka dengan berita kematian pelakon terkenal Jepun itu.

Pemergiannya diratapi oleh pencinta-pencintanya Yuko yang terkenal dengan seorang aktres yang sentiasa murah dengan senyuman.

Mendiang Yuko yang berusia 40 tahun ditemui mati di kediamannya pada Ahad.

“Beritahu saya berita ini tidak benar”, “senyuman kami terlalu indah dah jujur” merupakan antara yang ditulis oleh peminat tempatan,

Komen-komen sedih bukan hanya datang dari peminat-peminatnya di Jepun, bahkan terdapat juga nota sedih yang dikirim dari Korea Selatan dan Indonesia.

“Saya dari Korea Selatan antara penyokong kamu. Saya menangis dari lubuk hati yang dalam,” tulis seorang peminat mendiang Yuko.

“Saya sukar untuk percaya yang kamu sudah tiada lagi di dunia ini. Kamu sangat hebat,” kata peminat dari Indonesia pula.

Mendiang Yuko dilaporkan berkahwin kali kedua pada Februari 2019 dengan pelakon Taiki Nakabahyashi, 35.

Selain suami, Yuko juga meninggalkan dua cahaya mata termasuk anak lelaki berusia yang dilahirkannya pada Januari lalu.

Sementara itu, polis akan mengadakan siasatan menyeluruh ekoran kematian aktres yang juga pemenang pelbagai anugerah itu yang disyaki meninggal dunia akibat bunuh diri, lapor media tempatan.

Yuko ditemui tidak bernyawa oleh suaminya yang juga pelakon Taiki Nakabayashi di pangsapuri mereka di Shibuya pada Ahad pagi.

Kematian Yuko hanya disahkan oleh doktor apabila mendiang dibawa ke hospital.

Mendiang Yuko merupakan seorang bintang filem yang masyhur di Jepun dan sudah membintangi banyak filem dan drama televisyen sepanjang karier lakonannya.

Antara lakonannya yang pernah melonjakkan nama Yuko ialah filem seram, Ringu yang diterbitkan pada 1998.

Naskhah berkenaan juga diadaptasi oleh pembikin filem Hollywood yang menggunakan tajuk The Ring (2002).

Mendiang Yuko juga pernah membintangi filem Sherlock Holmes dalam 2018 HBO series Miss Sherlock yang turut ditayangkan di beberapa negara termasuk di Amerika Syarikat.

Sepanjang 2004 hingga 2007, Yuko meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam majlis Japanese Academy Awards.

Sekalipun punca kematiannya masih belum disahkan, namun, kes kematian bunuh diri di Jepun sering dilaporkan termasuk dalam kalangan selebriti.

Antaranya ialah aktres Sei Ashina yang meninggal dunia awal bulan ini selain aktor Haruma Miure pada bulan Julai lalu.