awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelakon Thor dan Star Wars, Ray Stevenson meninggal dunia

Agensi
Agensi
23/05/2023
02:27 MYT
Pelakon Thor dan Star Wars, Ray Stevenson meninggal dunia
Ray Stevenson yang masyhur menerusi lakonannya dalam filem terbitan Hollywood, Thor dan Star Wars menghembuskan nafas terakhir empat hari sebelum ulang tahun kelahirannya ke-59.
PELAKON Ray Stevenson yang masyhur menerusi lakonannya dalam filem terbitan Hollywood, Thor dan Star Wars menghembuskan nafas terakhir hari ini.
Mendiang meninggal dunia empat hari sebelum ulang tahun kelahirannya ke-59.
Berita pemergian Stevenson disahkan ejen publisiti beliau kepada portal berita BBC, namun, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai kematiannya yang dikeluarkan.
Punca kematian pelakon itu sehingga kini masih belum disahkan, namun, mendiang dilaporkan telah menerima rawatan ketika sedang menjalani penggambaran di Pulau Ischia, Itali.
Stevenson membintangi filem Thor pada 2011 dan dalam karya itu, mendiang memegang watak Volstagg.
Sementara dalam filem Star Wars: The Last Jedi (2017) pula, dia melakonkan watak Kes Vexley.
Selain itu, Stevenson juga pernah membintangi siri televisyen seperti Rome dan Punisher: War Zone.
Mendiang Stevenson dilahirkan di Utara Ireland, namun, berhijrah ke England ketika usianya 8 tahun.
Bapanya yang berkhidmat sebagai Tentera Udara Diraja ditempatkan di Lisburn, wilayah Antrim semasa Stevenson dilahirkan pada 1964.
Minat dan kecenderungannya dalam bidang lakonan mula berputih selepas dia menyaksikan John Malkovich membintangi sebuah pementasan teater di West End, London.
Topic Berkaitan
#Ray Stevenson
#Ray Stevenson meninggal dunia
#pelakon Star Wars
#pelakon Thor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan