awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminat filem seram kini berpeluang bermalam di rumah Buffalo Bill

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2021
00:51 MYT
Peminat filem seram kini berpeluang bermalam di rumah Buffalo Bill
Pengunjung akan berpeluang melawati keseluruhan rumah tersebut termasuk bilik bawah tanah di mana Jame Gumb, atau lebih dikenali sebagai Buffalo Bill, mengurung wanita yang telah diculiknya. - Foto YouTube
PEMINAT filem seram kini berpeluang melawati rumah di mana pembunuh bersiri Buffalo Bill dalam 'Silence of the Lambs' mengurung mangsanya.
Bukan itu sahaja, malah bilik di rumah yang dibina pada 1910 dan terletak di Perryopolis, Pennsylvania, Amerika Syarikat itu sedia disewa kepada mereka yang berani.
Rumah tiga tingkat berkenaan mempunyai keluasan 2,300 kaki persegi.
Hiasan dalaman dalam rumah itu dikekalkan seperti dalam filem hasil karya Jonathan Demme yang telah memenangi lima anugerah Oscars.
Selepas rumah empat bilik itu dijual lima tahun lalu pada harga AS$195,000, pereka produksi Chris Brown telah membelinya pada harga AS$290,000.
Rowan bercadang untuk menjadikan rumah tersebut sebagai destinasi pelancongan popular, serta menyewakan bilik di rumah berkenaan, kata jurucakapnya kepada AFP.
Pengunjung akan berpeluang melawati keseluruhan rumah tersebut termasuk bilik bawah tanah di mana Jame Gumb, atau lebih dikenali sebagai Buffalo Bill, mengurung wanita yang telah diculiknya.
Bilik tersebut turut digunakan dalam beberapa babak lain dalam filem 'Silence of the Lambs' yang mula ditayangkan pada 1991.
Pemilik baharu rumah itu juga bercadang untuk mengubah suai semula bilik seperti dalam filem berkenaan, lengkap dengan replika lubang di mana Gumb meninggalkan mangsanya.
Lubang itu tidak wujud dalam rumah berkenaan kerana babak tersebut dirakam dalam studio.
Topic Berkaitan
#filem seram
#silence of the lambs
#Buffalo Bill
#rumah
#Bilik
#sewa
#Chris Brown
#Amerika Syarikat
#filem
#Oscars
#pelancongan
#studio
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan