LIMA tahun lalu, pengkritik dan penerbit muzik terkenal, Simon Cowell, berjaya mengumpulkan lima anak muda berbakat besar menerusi rancangan The X Factor.

Kemunculan mereka, yang menggelarkan diri mereka One Direction, mencipta fenomena luar biasa dengan jualan empat buah album mereka setakat ini mencecah lebih 50 juta unit.

Hashtag #5YearsOfOneDirection membanjiri laman Twitter sejak malam tadi, dengan kebanyakan twit membayangkan rasa sebak dan terharu apabila kumpulan itu berjaya mengharungi tempoh lima tahun dengan pelbagai cabaran dan kejayaan.






Anggota kumpulan itu; Harry Styles dan Louis Tomlinson, turut tidak mahu ketinggalan untuk meluahkan rasa penghargaan mereka terhadap peminat.



Anggota One Direction pada awalnya menyertai The X Factor 2010 sebagai peserta individu, namun selepas tersingkir, mereka dicadangkan agar membentuk kumpulan oleh Cowell. Peluang kedua yang dimiliki mereka digunakan dengan sebaik mungkin dan One Direction kemudiannya dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga pertandingan berkenaan.