awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbit filem Bohemian Rhapsody meterai perjanjian filem Michael Jackson

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
23/11/2019
11:07 MYT
Penerbit filem  Bohemian Rhapsody meterai perjanjian filem Michael Jackson
Filem tersebut tidak akan memberi gambaran mengenai kehidupan Michael Jackson yang dituduh melakukan penderaan seksual kanak-kanak seperti dalam dokumentari Leaving Neverland - Foto REUTERS
BUAT peminat setia Raja Pop, mendiang Michael Jackson, ini mungkin khabar gembira untuk anda semua.
Selepas menghasilkan filem yang berjaya mencatat kutipan pecah panggung lebih AS$900 juta, penerbit Bohemian Rhapsody, Gharham King dilaporkan telah menandatangani perjanjian untuk menerbitkan sebuah filem cereka berkisarkan kehidupan dan perjalanan muzik mendiang.
Persetujuan bersama pewaris harta Jackson itu disahkan seorang jurucakap King kepada majalah hiburan Variety.
King juga dikatakan akan bekerjasama dengan penulis lakon layar filem The Aviator dan Gladiator, John Logan bagi projek tersebut.
Setakat ini filem tersebut masih belum menamakan studio atau pengedarnya.
Filem tersebut dikatakan tidak akan memberi gambaran mengenai kehidupan Michael Jackson yang pernah dituduh melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak seperti paparan dalam dokumentari kontroversi, Leaving Neverland.
Jackson meninggal dunia pada 2009 dan pernah berkali-kali menafikan tuduhan penderaan seksual terhadap kanak-kanak.
Walaupun disebalik kontroversi yang melanda Raja Pop itu, legasinya terus kekal membawa perubahan besar dalam industri muzik dunia.
Topic Berkaitan
#Bohemian Rhapsody
#filem
#Gharham King
#King of Pop
#Leaving Neverland
#Michael Jackson
#MJ
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan