awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjur anugerah Razzie tarik balik 'anugerah' untuk Bruce Willis

Agensi
Agensi
02/04/2022
06:22 MYT
Penganjur anugerah Razzie tarik balik 'anugerah' untuk Bruce Willis
Keluarga mendedahkan Willis menghidap aphasia, sejenis keadaan yang menjejaskan keupayaan untuk berkomunikasi. - ETX STUDIO
PENGANJUR anugerah Razzie, yang merupakan majlis 'pengiktirafan' kepada penggiat filem dan karya filem terburuk setiap tahun, telah membatalkan 'anugerah' yang diberikan kepada pelakon Bruce Willis baru-baru ini, susulan pendedahan mengenai masalah kesihatannya.
Rabu lalu, keluarganya mendedahkan Willis menghidap aphasia, sejenis keadaan yang menjejaskan keupayaan untuk berkomunikasi.
Keadaan itu juga menyebabkan pelakon itu terpaksa mengambil keputusan bersara daripada dunia lakonan.
Penganjur berkata adalah tidak wajar untuk memberikan anugerah itu kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang mungkin menjadi penyumbang lakonan mereka terjejas.
Tambah mereka, keputusan itu dibuat selepas melalui perbincangan dan pertimbangan sewajarnya.
"Jika keadaan kesihatan seseorang adalah faktor yang membuatkan prestasi mereka buruk, tidak wajar untuk memberikannya Razzie," kata penganjur.
Willis tercalon dalam kategorinya sendiri, iaitu 'Persembahan Bruce Willis Terburuk Pada 2021'.
Daripada lapan filem yang dicalonkan, Cosmic Sin dipilih sebagai penerima. Filem lain yang tercalon termasuklah American Siege, Apex, Deadlock dan Out Of Death.
Penerima Anugerah Razzie tahun ini, juga dikenali sebagai Anugerah Raspberi Emas, telah diumumkan pada Sabtu lalu.
Topic Berkaitan
#Bruce Willis
#filem
#aphasia
#razzie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan