ENTERTAINMENT
Pengarah 'The Cave' janjikan jalan cerita sebenar mangsa terperangkap dalam gua Tham Luang

Pengarah filem The Cave, Tom Waller, menjanjikan filem ini akan memaparkan jalan cerita sebenar ketika operasi menyelamat mengeluarkan 12 anggota Wild Boar dan jurulatih mereka dari gua tersebut. Foto: AP
SUDAHKAH anda bersedia untuk menonton kisah operasi menyelamat anggota pasukan bola sepak remaja Thailand yang terperangkap dalam gua Tham Luang di layar perak?
Bagi anda yang mengalami masalah klaustrofobia, anda mungkin akan merasa terganggu ketika menonton filem ini nantI.
Ini kerana, menurut pengarah filem The Cave, Tom Waller, filem ini akan memaparkan jalan cerita sebenar ketika operasi menyelamat mengeluarkan 12 anggota pasukan bola sepak ‘Wild Boar’ dan jurulatih mereka dari gua yang terletak di utara Thailand pada 2018.
Dari laluan sempit gelap yang dipenuhi air dan diterangi hanya dengan lampu suluh kepala kepada suara meminta tolong yang bergema di dalam gua, itulah yang dijanjikan pengarah yang berketurunan Thai-Ireland itu.
Memetik laporan AFP, Waller turut menjanjikan, paparan filem ini tidak akan kelihatan seperti di set.
“Antara cabaran utama yang perlu kami tempuhi semasa melakukan pengambaran adalah mencipta semula keadaan persekitaran gelap yang menunjukkan usaha menyelamatkan Wild Boar amat mengerikan.
“Bagi mendapatkan sisi yang sama, kami perlu merakamkan gua sama sekitar Thailand dan mengupah empat penyelam yang terlibat dalam operasi menyelamat itu untuk membintangi filem itu sendiri.
“Selain itu, kami juga terpaksa berhadapan dengan binatang liar seperti ular dan labah-labah besar,” katanya kepada AFP.
Apa yang lebih istimewa, filem ini akan ditayangkan buat julung kalinya di Festival Filem Antarabangsa Busan yang bemula 3 Oktober ini.
Pada masa sama, Weller turut mendedahkan filem ini akan mula ditayangkan pada November di Thailand.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami