Wakil penggiat industri televisyen negara berhasrat untuk menghantar satu memorandum kepada kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Menggelarkan kempen mereka sebagai Switch Off’14, memorandum tersebut terkandung 11 perkara yang bertujuan untuk menyampaikan peringatan dan pesanan tegas berkaitan industri perfileman dan televisyen agar diberikan perhatian oleh pihak kerajaan.
Astro AWANI difahamkan kempen Switch Off’14 disokong oleh beberapa persatuan dalam Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM).
Antara persatuan yang dikatakan menyokong termasuk Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Seniman, Persatuan Pekerja Profesional Malaysia (PROFIMA) dan beberapa lagi.
Antara tumpuan utama memorandum tersebut adalah mewujudkan Akta Industri Kandungan Kreatif, memberikan penekanan terhadap isu hak harta intelek yang lebih adil dan munasabah, isu kadar harga dan pelarasan harga belian kandungan televisyen dan pengagihan slot televisyen yang lebih adil.
Turut diberikan perhatian adalah penubuhan sebuah badan yang mengawal selia industri televisyen dan penyediaan slot televisyen yang mengkhusus kepada kandungan bertema patriotik serta mendaulatkan citra budaya bangsa.
Tidak ketinggalan daripada aspek pengecualian cukai bagi syarikat-syarikat yang melabur dalam penerbitan program televisyen tempatan dan pembelian peralatan teknikal terkini untuk perkembangan positif industri televisyen.
Aspek kebajikan yang melibatkan pelakon, pekerja dalam industri filem seperti skim insuran khusus dan tabung kebajikan turut termasuk dalam isi kandungan memorandum tersebut.
Difahamkan gerakan tersebut bukan bertujuan untuk berlawan atau mengutuk kerajaan, sebaliknya ia bertujuan untuk memberikan penerangan kepada kerajaan akan masalah industri televisyen yang telah berlarutan sejak 20 tahun lalu.
Switch Off turut bertujuan membantu kerajaan memahami situasi sebenar hingga ke peringkat akar umbi dan menyediakan cadangan untuk semua penggiat industri.
Sekaligus, dapat membantu kerajaan supaya memperkasakan agensi terlibat dan seterusnya memenangi hati penggiat industri.
Satu sidang media untuk mengumumkan gerakan tersebut dijangka diadakan pada 21 Oktober depan.
Astro Awani
Mon Oct 13 2014
Penggiat industri televisyen gerak kempen Switch Off'14
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Drama Jepun 'Shogun' cipta sejarah, rangkul 18 trofi di Anugerah Emmy ke-76
Shogun turut memenangi Siri Drama Terbaik dalam anugerah itu, juga siri drama bukan Bahasa Inggeris pertama memenangi kategori berkenaan.
Perlu strategi tepat, karya yang betul untuk tembusi pasaran Indonesia - Erma Fatima
Erma percaya strategi yang mantap, selain karya yang betul dan berkualiti adalah kunci untuk menjayakan misi tersebut.
Plot twist macam K-drama! Ramai resah tunggu episod akhir One Cent Thief
Mungkin ramai tidak menyangka watak Kadak lakonan Amerul Affendi yang kononnya selama ini membantu Iman rupanya pengkhianat!
'Imperialisme' punca New Zealand tamatkan program Shakespeare di sekolah
Program itu dikatakan gagal menunjukkan kaitan dengan "konteks seni kontemporari" dan tertumpu pada genre "berkaitan imperialisme."
Penggiat seni dipelawa buat penggambaran di Perak
Jika filem Pasir Salak-King of The River diteruskan, ia sudah tentu menjadi satu lagi berita baik untuk sektor pelancongan di negeri ini.
Yadim bantah, kesal penularan klip babak 'panas'
Soal tanggungjawab terhadap mesej yang ingin disampaikan melalui setiap karya seni perlu menjadi perhitungan utama.
Bahasa Turki antara pilihan rakyat Malaysia untuk dimahiri
Nur Afifah Nasir menggambarkan bahasa itu sebagai bahasa cinta, kuno dan klasik moden.
Finas ingatkan syarikat produksi patuhi SOP penggambaran Fasa Dua PPN
Syarikat produksi mesti melaksanakan penggambaran luar yang terasing, terhad dan terkawal mengikut Protokol Gelembung Penggambaran di negeri Fasa Dua PPN.
Segerakan program imunisasi berkelompok untuk penggiat industri kreatif
Dalam keadaan tanpa vaksinasi pasti sukar bagi stesen atau penerbit luar untuk membuat dan membekalkan program baharu kerana risiko jangkitan akan berlaku.
PKP: Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan, pawagam tidak dibenarkan - Finas
Aktiviti itu dibenarkan dengan jumlah kru minimum tanpa penonton, selain perlu membuat permohonan SPP Khas dan tertakluk kepada SOP Industri Kreatif.